January 14, 2011

... tolong ingatkan aku [01] ...

Tajuk entry kali ni x ada kena mengena dengan Ana Raffali. Cuma aku ambik title lagu dia sahaja nak buat slot dalam blog aku. Hujan renyai-renyai saja hari ni. Petang tadi, aku pergi Maybank. Nak top-up kan card Touch 'N' Go... Sekaligus nak bank-in duit.

Aku memang dah agak yang orang akan ramai kat Maybank nanti. So, memang betul pun. Tapi x ada la teruk sangat sampai kena beratur hingga ke luar... Lagi 3 orang dah turn aku nak bank-in duit. At that time tu, ada mamat ni cam gelisah semacam selang seorang dari depan aku. Pakai singlet. Tengah syok-syok duk berBBM, aku dengar dia mengeluh.

Eh! Silap photo pula... Hehehe... Sebagai hiasan sahaja... Jangan pula lepas ni kau gi beratur kat Toto...

"Adui... Lembap la pula nak masukkan duit ni..." [Lebih kurang camtu la kot. Sebab aku x berapa nak faham sangat loghat Temerloh ni.]

Kesian Si Pakcik yang duduk depan dia bergerak dengan lebih pantas even aku tengok lebih kurang saja. [Mati la.. Hehehe...]

Sampai giliran dia nak bank-in duit. Terus dia tengok keliling dulu. [Motif kau nak tengok keliling... Cam orang yang bersalah pula] Then, baru la terkial-kial cam ayam berak kapur nak masukkan duit. Sekali ambik kau... Entah berapa ribu dia masukkan duit tu pun aku x tahu. Aku cuma nampak Note RM50 yang agak tebal. Pastu memang lagi lembap nak mampus dari Pakcik tadi. Abang askar kat depan aku dah buat muka selengga dah.

For me la, sebelum kau nak cakap orang tu lembap, kau tengok dulu cara kau yang lagi lembap dari orang tu. Kau cakap orang tu lembap cam siput, kau tu siput babi x sedar... How??? Jawab sendiri...

Pendapat aku, kalau nak masukkan duit banyak-banyak [1,000,000 rp... Boleh?], better you go to kaunter la. Please consider orang lain yang nak guna juga ATM machine tu. Jangan nak buat harta sendiri pula. Your boss [even kau sendiri yang boss] patut bagi la kelonggaran pergi bank awal-awal nak beratur kat kaunter. Aku tengok ramai saja yang boss-boss dia orang suruh pergi bank-in duit kat kaunter.

One more thing aku nak cakap juga, x salah pun kau nak pakai singlet keluar rumah. [Actually dengki... Lalala...] Nak tunjukkan muscle kau yang aku rasa cam rangka basikal aku... BUT, please la... please sangat-sangat... TOLONGLAH CUKUR BULU KETIAK kau tu... Dah macam lalang ditiup angin. Kalau wangi x apa la. Ni x, boleh buat ATM tu temporary out of service... How?

I selalu cukur bulu ketiak.. Tengok, sejemput ja. You suka x???

Lagi 1 kes kat Old Town White Coffee.

Masa tu dah hampir pukul 8malam. Tersedak aku minum enrich chocolate iced... Mana x nya, tup-tup masuk seorang mamat ni pakai cermin mata hitam yang sehitam tuannya... [Lalala...] Hello cik abang, kot ya pun nak pakai cermin mata hitam tu x salah. Tapi tengok la dulu keadaan.. Dah gelap gelita dah. Kejadahnya nak pakai lagi. [Terus aku pitam lepas tu]

Dia duduk and terus panggil waiter kat situ. Old Town ni pula ramai Mat-mat Bangla.. So, dengan berhemahnya, datang la seorang Mat Bangla ni. Nak ambik order. Sekali lagi aku tersedak. Kenapa??

Terus dia smash Mat Bangla ni. "Panggil orang lain, kau x tahu nak cakap Melayu..." [Cermin mata tetap pakai ni]. Aku cam pelik la. Setakat nak order, kau tengok menu then tulis apa kau nak kat atas kertas yang dia bagi kan?? Bukan susah pun kan? [Siapa biasa dengan Old Town dia tahu la].

Aku nak tengok la juga apa yang dia order.. Bila sampai order terus aku pengsan x sedar diri...  [Tipu la tu kan sampai pengsan x sedar diri... Lupa diri ada la kot] Order dia apa?? Tengok bawah ya...

Setakat teh tarik ais and roti, kau x tahu nak cakap dengan Mat Bangla tu?? Kau yang orang paling BODOH aku jumpa...

Conclusion, sama-samalah kita tolong ingatkan diri kita...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

4 comments:

farah fran said...

pleaz r mamt kt oldtown tue....
stkt nk order mcm tue baik ko mkn kt kdai mamak lagi best...

Bakry said...

Farah>>

Xpe la... Bg la can nk mkn kt old town... Yg paling xbley blah pakai cermin mata hitam di kala malam...

Also, stakat nk order bende alah 2, xreti nk ckp ngn mat bangla 2...

Kei said...

hahahaha
lagak je lebih...
hahaha

Bakry said...

Kei>>

Tahu xpe... Burn tgk pun geram taw..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...