January 30, 2011

... everyone is special ...

Perghhh...

Dah lama aku x update blog ni erk? Idea and content untuk menulis memang ada. Cuma, diri aku yang terlampau busy kot lately. Balik rumah untuk rest badan saja. Dah x mampu nak buka lappy. Penat yang amat.

So, dikala aku rajin nak update blog ni. Apa kata aku update terus banyak-banyak apa yang aku nak kongsi tuk semua. [Ayat malas nak update blog hari-hari]

Back to tajuk entry kali ni...
Everyone born with specialties... But not everyone can master them at all... No one is perfect... So, don't be ridiculous saying that you are good in every single things you do...

Yes!!! Kita semua memang dilahirkan ke dunia dengan specialties. Cuma kita x tahu apa specialties yang kita ada. Sebab itu Tuhan berikan kita semua akal fikiran untuk berfikir dan mencari specialties kita.

Aku paling allergic sangat-sangat kalau ada orang cakap '"I'm good in everything". Even kalau betul pun janganlah nak heboh satu dunia. [Kau ingat ni kempen Jom Heboh ke?]

Aku ni bukan pandai pun nak bagi nasihat. Just benda ni bear in my mind. Aku ni bukan baik sangat pun. Dan x berapa nak jahat juga. Ngeee~ [Nanti ada la pula yang cakap aku ni suka jaga tepi kain orang la, jaga tepi seluar orang la]

Kisah ni berlaku pada diri aku sendiri. That day tu, datang seorang yang boleh dikategorikan huge ego juga la kat office aku. Maybe dia rasa dia tu dah kerja yang sangat sangat sangat bagus... [Kononnya] So, boleh nak memperlekehkan orang sesuka hati dia. Without concerning perasaan and hati orang laen. Cakap ikut sedap lidah bergulung. Hembur sana. Hembur sini.

"I x nak di entertain oleh budak pratikal. Even kat office I pun ada budak praktikal, I x akan suruh dia orang entertain customer yang datang". Macam tuttt kan ayat dia tu... Lets me go straight with you. Kau x nak budak praktikal entertain customer or kau takut nanti kalau budak praktikal tu dah bagus sangat [even better dari kau] dia akan jadi boss kepada kau? Dia orang praktikal. Dalam erti kata lain. Dia orang nak timba pengalaman untuk bekerja kelak.

Praktikal 6bulan. Tapi langsung x dapat apa-apa pengalaman bekerja. Report out. Presentation lagi la out. Coz apa yang akan dia orang bentangkan? Kosong... Tolong photostat kertas. Tolong punch lubang kertas. Tolong susun file. Tolong buat air... [Mati la jadi tea-lady]

Aku ingat lagi wajah mamat yang perasan bagus tu. Berapi bukan main. Dia punya suara satu office aku bergema. But for me. Dah biasa dah. You know what. Setakat kau siapa la sangat bagi aku. Concept aku senang. Kalau orang tu tengah berapi [marah] kau just be neutral as you can. Jangan la pula kau pun jadi api juga or jadi minyak ke. Parah tahu... Air pun xpayah jadi. Buat muka x ada perasaan langsung. Resultnya, dia sendiri akan cooldown and dia sendiri akan buat-buat baik pada kita. [Try la kalau nak tahu... Ngeee~]

Mamat ni berapi bukan apa. Dia x puas hati dengan service yang dia dapat.  Very bad katanya. Aku terangkan yang my part is done. Kena tunggu HQ nak approve and release semua. Dia terus sound aku cakap apasal aku x boleh nak buat benda tu semua. Aku terang lagi dia cakap dia faham. Tapi terus gigih tengking aku. Siap cakap kalau dia buat benda ni semua kacang saja bagi dia. [Motif???]

Motif... Nak juga tunjuk Suria KLCC... See, KLCC ni kalau x ada pakar architect dah codong sebelah dah...

Kalau semua orang boleh buat semuanya. Nampak gayanya x ada la yang kerja makan gaji. Semua pakat tubuh company masing-masing. Lepas tu, lingkup semuanya. Sebab x ada pun yang nak ambk service kau sebab semua dah pandai.

Film, kalau buat setakat cikai-cikai ada kau orang nak tengok??
Tuhan dah tentukan. Semua orang boleh buat apa yang dia orang inginkan. Tapi hanya sesetengah yang mampu kuasainya... Contoh paling dekat kot aku ambil. Akademi Fantasia [AF]. Semua berebut nak masuk. Semua cakap saya boleh menyanyi. Tapi x semua yang dapat menyanyi dengan pitching, nada and alunan yang betul. Kan???

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao 

Bakry's Sticky Notes : X perlu la kita nak berlagak pandai sedangkan kita sebenarnya x tahu apa-apa pun...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...