April 21, 2011

... bulan ini bulan diet ...

[mood : time lunch, tapinya aku terperap dalam office mengadap komputer. Komputer pun jemu tengok muka aku...]

Just curi sedikit waktu time lunch ni tuk update blog. Huhuhu... Nama pun bulan ni bulan diet kan? So, x perlu la nk pergi lunch bagai. Hehehe...

Actually, aku bukan apa... Bukan nak diet sangat pun. Bukan x ada duit nak makan. [Biasanya orang diet ada 2 kategori.. [Tak ada duit][Mmg niat di hati nak diet] Larikkk sembunyi belakang langsir] Tapi bulan ni aku banyak sangat nak pakai duit. Nak bayar bill telefon. Nak bayar service kereta. Nak bayar roadtax kereta. Kang x pasal-pasal kena tahan. Naya aku...

Aku memang dah agak yang bill telefon aku akan melambung naik punya. So, lets tengok bill telefon aku nak??? Haaa... Aku calling-calling siapa erk? Jom skodeng....

Nampak x? Cam kecik la pula...

Bulan lepas sahaja penggunaan aku da RM603.80... Huhuhu... Sikit saja kan? [Pitam...] Tapi bulan sebelum tu aku ada bayar lebih. So, after minus lebihan tu jadi la aku kena RM477.70. Kenapa?

Banyak sangat buat call time kat luar negara... Huhuhu... Termasuk la ada seorang tu...
Sebabnya aku banyak buat panggilan... Dalam Malaysia sahaja aku calling-calling RM150++... Plus dengan calling-calling di luar negara RM200++... Huhuhu... Kayap aku. [Nanges...]

Rate untuk SMS [International]

Rate untuk call [International]

Dan dari apa yang aku perhatikan dalam bill telefon aku ni. Apa yang dapat aku simpulkan dekat sini... Cewahhh... Kalau ada sesiapa yang nak pergi luar negara [Buat International Roaming] better call then SMS... Call lagi murah dari SMS okay! More cheaper sangat-sangat. Kalau tengok bill telefon, call akan di charge RM0.35/minit. SMS pula akan kena charge RM0.98/SMS... Mahal!!!...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

SohSehSohSeh : Nanti aku cerita ke mana aku pergi holiday erk... Hehehe... X ada masa la nak buat entry... Huhuhu...

April 19, 2011

... rindu pada si dia ...

Ya Allah, Ya Ampun... Dah bersawang bagai dah blog aku ni jadinya... Being busy lately dengan kerja yang berlambak di office. Sampai nak join event kat luar pun x sempat. Huhuhu...

Ni pun cuba untuk meng-busy-kan diri di dalam timing yang betul-betul gila free ni. Eh, terbalik la pula. Actually, aku cuba untuk meng-free-kan diri aku yang terlampau busy dengan kerja ni. Huhuhu...

Ermmm...

Aku memang akui yang aku rindu sangat-sangat-sangat pada Si Dia ni. Bila lagi la aku nak jumpa si dia yang cute-miut ni. Huhuhu... [Hanya masa yang akan menentukan segalanya]

Si Comey Fika...
Rindu sangat pada keletah Si Comey ni. Keletahnya membuatkan aku lupa sebentar pada kesibukan kerja. Pantang kalau aku balik, mesti x nak berenggang dengan aku. Ye la, dengan aku segala benda dia boleh merengek. Nak itu. Nak ini. Aku ni pula jenis x boleh tengok budak-budak buat muka. Mesti cepat kalah punya. [So, adik-adik kat luar sana kalu nak suruh aku cepat naik bendera putih belajar buat muka erk???]

Setiap kali aku balik, mesti aku akan bawa balik makanan yang dia suka makan. Aku memang xkesah berhabis duit untuk budak-budak ni. X pun, kalau x sempat nak beli, aku bawa la dia pergi Supermarket mana-mana belikan. Ais-krim la. Coklat la. Even mama dia sendiri x bagi dia makan benda macam tu, aku still belikan. Hehehe... Senyap-senyap dah la kan?

Pernah sekali dia merajuk dengan aku. Kesnya, aku tengah godek-godek kamera aku. Maybe dia ingat aku nak ambik gambar dia kot, terus dia posing x ingat dunia. Senyum-senyum. Bila aku tanya kenapa. Dia cakap nak ambik gambar la. Aku pergi la tibai balik cakap x nak ambik gambar pun. Dia terus lari sambil hentak kaki. [Protes dengan aku la tu... Diva sangat kan???] 1 rumah aku cari nak pujuk dia. Rupa-rupanya dia menyorok belakang langsir. Adui... Hahaha...

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

SohSehSohSeh : Uwaaa... Dah makin rindu dengan Si Comey Fika ni... Nak balik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...