January 31, 2011

... here, now and beyond ... [part 2]

NOW,

Go ahead just leave
Can't hold you, you're free
You take all these things
If they mean so much to you
I give you your dreams
Cause you meant the world
So did I deserve
To be left and hurt?

You think I don't know
You're out of control
And then I'm finding all of this from my boys
Girl, you're stone cold
You say it ain't so
You already know that I'm not attached to material

I'll give it all up, but I'm taking back my love
I'm taking back my love, I'm taking back my love
I've given you too much, but I'm taking back my love
I'm taking back my love, my love, my love, my love
My love

Bait-bait lagu ini yang mana pernah aku buatkan sebagai ringtones suatu tika dulu, memang betul-betul mengajar aku menongkah arus kehidupan duniawi sekarang ini.

Aku dah penat mengapai pelangi cinta yang hanya cuma datang sebagai coretan khayalan di mata yang buta ini. Berkali aku tersandung kaki mengejar sesusuk tubuhmu yang berlalu meninggalkan diriku tanpa sedikit pun menoleh. Berkali juga aku bingkas bangun menggagahi diriku walaupun teruk luka berdarah. Akhirnya aku tersedar, itu cuma bayang-bayang dan ilusi yang dicipta untuk mengalpakan aku. Bodohnya diriku ini...

Nasib baik sebelah saja  yang pecah... Hehehe...

-sigh-

Memang aku penat sangat-sangat dengan mainan kehidupan ini. Tapi nak buat macam mana, hari yang mendatang aku kena tempuhi juga kan? Suka atau x suka, memang dah menjadi tetapan. [Mati la feeling sesangat malam ni. Langsung xdapat tidur and terus update blog... Boleh???]

I really love my life right now. X terikat dengan sesiapa pun. Free!... But aku akui, kesunyian dalam hidup tetap ada even aku ternampak ceria and happy selalu. Merindui saat-saat di kala ada orang call or msg bertanyakan "Dah makan ke belum","Tengah buat apa?","Drive careful","Take care"... Rindu sangat-sangat... [Nangis... Huhuhu...]

Love my life right now... Sesiapa nak aku sharekan gumbira aku ni?

Bukan takut nak bercinta lagi. Tapi takut dikecewakan lagi. Semuanya pandang pada rupa and material. Susah nak jumpa yang pandang tepat terus pada pintu hati. Ermmm... Kalau la ada... Even jumpa yang menarik pandangan mata sekali pun, tetap hati cakap takut dikecewakan. Adui...

Aku dulu dengan aku sekarang memang sangat-sangat jauh berbeza. Sekarang aku more to my life. Suka dengan cara life aku sekarang. I can get anything that I want. With my own money. X perlu nak pinjam-pinjam dengan ceti-ceti yang x bertauliah. Sedikit sebanyak aku tahu macam mana susahnya nak dapatkan duit.
Sekarang segalanya duit... X ada duit x dapat hidup...

X perlu juga nak berlagak high class kalau diri setakat pinjam duit. Hutang keliling pinggang. Credit Card xmampu nak bayar. Jenis asal ada credit card swipe sahaja kat mana-mana. [Makan KFC, snack plate pun nak pakai credit card. Nk tunjuk depan aku kononnya dia ada credit card. Manusia...] Aku memang x ada sekeping pun credit card. Debit card berlambak la. Ngeee~

Jenis aku, kalau ada duit, nak makan best-best or even teringin nak makan Tony Roma's, TGI Friday, Victoria Station or what ever la kan... Aku akan pergi. X perlu la kalau x ada duit pun still nak makan kat Concorde... [Kan payedd kan??? Pitam...]

Jom... Nak belanja makan Tony Roma's kat Pavilion...

Tempat-tempat mana aku teringin nak pergi aku boleh pergi. X perlu nak susahkan orang lain. Berseronok sendirian pun x apa. X kesah. X perlu la nak tanggung orang lain yang belum tentu jadi hak kita. Time ada duit nampak la batang hidung. Time dah papa, call pun masuk voicemail. Kan???

X sabarnya bulan 3 ni... Nak bercuti... Teringat berfoya-foya dengan kengkawan kat Genting.

Seriusly aku cakap. Dulu aku terasa macam sugardad pun ada kot. Tanggung orang yang xpasti. Nak itu. Nak ini. nak itu. Nak ini. Penampar x nak??? Ngeee~ Ermmm... What past is past. Sometimes kita perla juga tengok past kita, maybe ada pengajaran kan?

Kasut x ori x nak okay??? Semua nak branded... Lepas tu lesap...

Lupa pula nak mention, kawan-kawan yang ada pun boleh gembirakan hari kita actually. Keluar makan. Chit-chat. Shopping-shopping. Makan angin. For those yang hangat bercinta, jangan la pula sisihkan kawan-kawan. Sebelum ni, dia orang la juga yang selalu temani kita... Huhuhu...

Ermmm... Penat dah menaip. Entah masuk topic mana entah la.... Lagi lama aku menaip, lagi banyak benda pula aku melalut nanti... Ngeee~

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : Ada sesiapa nak couple dengan aku? Ada kosong ni. Lalala... Ngeee~

January 30, 2011

... junior masterchef ...


Aku pun x tahu la macam mana aku boleh tertengok channel junior masterchef ni kat astro baru-baru ni. Maybe tengah kebosanan tahap melampau kot. [Ngeee~]

Memang aku terkejut sangat-sangat. Sebab yang cooking the beautiful dishes tu kanak-kanak lagi. Malu  siot aku. Ye la. Kecil-kecil lagi dah pandai masak dah. Even budak lelaki pun. Memang delicious aku tengok makanan yang dia orang buat tu. Terliut pula aku.

X keruan aku tengok masakan seorang budak yang buat benda ni.... Kau mampu?
Aku x tahu la budak-budak di Malaysia kini macam mana. Sama macam dia orang or not. Tapi zaman aku kecil-kecil dulu selalu kena kutuk tolong mak aku masak kat dapur. Katanya orang jantan x main la duduk dapur. But, aku x hiraukan pun semua tu. Buktinya sekarang, even berjauhan dari family aku, aku tetap boleh makan makanan yang aku suka makan. Maybe orang boleh cakap, ala kedai kan banyak... Yes! Aku akui sangat-sangat. Cakap saja apa yang nak makan. Order sahaja. Senang kan?

But not for me. Makanan yang dimasak sendiri rasa lain dari makanan yang order di kedai makan. [Aku pun x tahu naj describe macam mana... Ngeee~] Contohnya, time puasa hari tu, aku teringin sangat nak makan Nasi Minyak. [Motif ngidam... Ngandungkah?] Tapi susah nak cari yang memenuhi kehendak aku. And luckily, mak aku ajar aku masak nasi minyak. Even aku buat bawa office pun licin dia orang bedal. Siap suruh buat lagi.. Huhuhu.. [Bak duit aku beli daging and ayam... Lalala...]

So this time datang pula idea gila aku. Nak buat sushi. Gigih ni duduk surf internet nak cari bahan-bahan nak buat sushi. Tip untuk sesiapa nak cuba resepi or masakan. Jangan salin bahan-bahan dia saja. Tapi baca sekali cara-cara dia. Then, kalau boleh cari resepi or masakan dari website lain-lain. Comparekan dia. Nak tahu kenapa? Nanti aku bagi tahu. Baca lagi. Ngeee~

Semalam terus pecut pergi Supermarket nak cari bahan-bahan ni semua. Nak gila rasanya mencari. Lagi satu, biasanya resepi sekarang banyak dalam English. So, kalau boleh cari maksud dalam Malay. Senang nak tanya staff kat Supermarket tu. [Tetiba kau tanya seaweed paper ada x? Silap hari bulan dia tanya kau balik. Apa kejadahnya menatang tu? Hehehehe...]

One more thing, kau orang kena la kreatif. Jangan la ikut 100% resepi tu. Kalau suruh letak racun kau orang pun ikut sama... For me, just cari bahan asas. So, ni barang asas yang aku duk meraban cari satu Supermarket tadi.

Yang packet kecil dalam RM10 saja...
See... Kecil kan saiznya...

Beras sushi. Beras ni memang khas untuk buat sushi. Sebab beras ni melekit-lekit. Macam aku, aku beli yang tertera Calrose Rice. Khas untuk sushi. Lagipun beras ni lagi kecil dari beras biasa yang kita makan hari-hari. Tengok pic atas ok?

Digunakan setelah nasi sushi masak...

Sushi Vinegar or Rice Vinegar. Yang aku cakap comparekan resepi tu, kat sini la aku nak bagitahu. Kalau kau orang beli sushi vinegar, kau orang x perlu nak baiki dah. Terus masuk saja dalam beras nanti. Kalau beli rice vinegar, kau orang kena masak dulu dengan gula and air. Faham? That's why kena banyak survey... Lalala...

Benda alah ni bau dia hanyir sikit...

Seaweed Paper. Kalau dalam Malay, kertas rumpai laut. [Mati la tetiba jadi cikgu.] Benda alah ni la yang aku susah nak cari. Semua staff aku tanya. Semua jawab x pernah dengar. Aku seorang saja ke makan sushi???

My favorite makanan... Unagi...

Yang bahan-bahan or intipati yang lain, kau orang bantai la sendiri. Kreativiti masing-masing. Contohnya, belut boleh ganti dengan ikan keli. Boleh letak crabstick, carrot, mentimun, telur and so on la. Buka saja YouTube search sendiri ya... Zaman dah maju. Selamat mencuba! [Blog ni da jadi blog resepi... How?]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : Practice makes perfect. Jangan la buat sekali x jadi terus x nak buat dah. Dulu aku selalu buat x jadi juga. Tapi gigih juga buat sampai terlingkup dapur rumah aku kerjakan...

... everyone is special ...

Perghhh...

Dah lama aku x update blog ni erk? Idea and content untuk menulis memang ada. Cuma, diri aku yang terlampau busy kot lately. Balik rumah untuk rest badan saja. Dah x mampu nak buka lappy. Penat yang amat.

So, dikala aku rajin nak update blog ni. Apa kata aku update terus banyak-banyak apa yang aku nak kongsi tuk semua. [Ayat malas nak update blog hari-hari]

Back to tajuk entry kali ni...
Everyone born with specialties... But not everyone can master them at all... No one is perfect... So, don't be ridiculous saying that you are good in every single things you do...

Yes!!! Kita semua memang dilahirkan ke dunia dengan specialties. Cuma kita x tahu apa specialties yang kita ada. Sebab itu Tuhan berikan kita semua akal fikiran untuk berfikir dan mencari specialties kita.

Aku paling allergic sangat-sangat kalau ada orang cakap '"I'm good in everything". Even kalau betul pun janganlah nak heboh satu dunia. [Kau ingat ni kempen Jom Heboh ke?]

Aku ni bukan pandai pun nak bagi nasihat. Just benda ni bear in my mind. Aku ni bukan baik sangat pun. Dan x berapa nak jahat juga. Ngeee~ [Nanti ada la pula yang cakap aku ni suka jaga tepi kain orang la, jaga tepi seluar orang la]

Kisah ni berlaku pada diri aku sendiri. That day tu, datang seorang yang boleh dikategorikan huge ego juga la kat office aku. Maybe dia rasa dia tu dah kerja yang sangat sangat sangat bagus... [Kononnya] So, boleh nak memperlekehkan orang sesuka hati dia. Without concerning perasaan and hati orang laen. Cakap ikut sedap lidah bergulung. Hembur sana. Hembur sini.

"I x nak di entertain oleh budak pratikal. Even kat office I pun ada budak praktikal, I x akan suruh dia orang entertain customer yang datang". Macam tuttt kan ayat dia tu... Lets me go straight with you. Kau x nak budak praktikal entertain customer or kau takut nanti kalau budak praktikal tu dah bagus sangat [even better dari kau] dia akan jadi boss kepada kau? Dia orang praktikal. Dalam erti kata lain. Dia orang nak timba pengalaman untuk bekerja kelak.

Praktikal 6bulan. Tapi langsung x dapat apa-apa pengalaman bekerja. Report out. Presentation lagi la out. Coz apa yang akan dia orang bentangkan? Kosong... Tolong photostat kertas. Tolong punch lubang kertas. Tolong susun file. Tolong buat air... [Mati la jadi tea-lady]

Aku ingat lagi wajah mamat yang perasan bagus tu. Berapi bukan main. Dia punya suara satu office aku bergema. But for me. Dah biasa dah. You know what. Setakat kau siapa la sangat bagi aku. Concept aku senang. Kalau orang tu tengah berapi [marah] kau just be neutral as you can. Jangan la pula kau pun jadi api juga or jadi minyak ke. Parah tahu... Air pun xpayah jadi. Buat muka x ada perasaan langsung. Resultnya, dia sendiri akan cooldown and dia sendiri akan buat-buat baik pada kita. [Try la kalau nak tahu... Ngeee~]

Mamat ni berapi bukan apa. Dia x puas hati dengan service yang dia dapat.  Very bad katanya. Aku terangkan yang my part is done. Kena tunggu HQ nak approve and release semua. Dia terus sound aku cakap apasal aku x boleh nak buat benda tu semua. Aku terang lagi dia cakap dia faham. Tapi terus gigih tengking aku. Siap cakap kalau dia buat benda ni semua kacang saja bagi dia. [Motif???]

Motif... Nak juga tunjuk Suria KLCC... See, KLCC ni kalau x ada pakar architect dah codong sebelah dah...

Kalau semua orang boleh buat semuanya. Nampak gayanya x ada la yang kerja makan gaji. Semua pakat tubuh company masing-masing. Lepas tu, lingkup semuanya. Sebab x ada pun yang nak ambk service kau sebab semua dah pandai.

Film, kalau buat setakat cikai-cikai ada kau orang nak tengok??
Tuhan dah tentukan. Semua orang boleh buat apa yang dia orang inginkan. Tapi hanya sesetengah yang mampu kuasainya... Contoh paling dekat kot aku ambil. Akademi Fantasia [AF]. Semua berebut nak masuk. Semua cakap saya boleh menyanyi. Tapi x semua yang dapat menyanyi dengan pitching, nada and alunan yang betul. Kan???

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao 

Bakry's Sticky Notes : X perlu la kita nak berlagak pandai sedangkan kita sebenarnya x tahu apa-apa pun...

January 19, 2011

... tolong ingatkan aku [02] ...

Untuk entry kali ni pula, aku nak sentuh pasal skinny jeans... Hehehe... Siapa x tahu apa tu skinny jeans??? Aku rasa boleh la kau orang duduk dalam hutan... [Mati la aku lepas ni... Ngeee~]

Kalau kau orang semua perasan la, dah ramai anak-anak muda yang pakai skinny jeans ni sekarang. X kira la lelaki mahupun perempuan. Bersepah-sepah. Band-band Indie kt Malaysia ni pun ramai yang pakai.

Ni la rupa skinny jeans tu.. Pattern memang ikut kaki..

Skinny jeans ni jenis yang fit. Means yang ikut susuk kaki. Cantik and menawan sangat kalau kena dengan Si Pemakainya... Gitu... Ngeee~

Ok la. Aku terus masuk plot betul.. Ngaaa~

Kisahnya cam ni. Ada seorang makcik cleaner kat office aku yang memang aku totally x suka perangai and tingkah laku dia. Bagi aku out of service. [Ingat machine ATM ke ape??]

Why aku x suka dia?

Kes 1 : Dia ambil Cupcake Chic yang aku beli kat Pavilion yang aku letak dalam peti ais kat pantry without my permission. Dah la tu makan depan aku pula tu. Bengang bai!!!

Kes 2 : My colleague buka pintu kabinet nak ambil device dia sound direct. "Nak bunuh orang ke?".. [Langgar pintu mampus terus ke?]

Untuk golongan remaja and kurus boleh la pakai skinny jeans nie...

Makcik ni ada la tegur seorang my colleague [perempuan] masa colleague aku ni pakai skinny jeans. Dia cakap la nampak sweet dengan tubuh badan colleague aku tu yang kurus and ramping. [Jaga badan la katakan...] Berbakul-bakul dia puji minah ni. Sampai minah ni x tahu nak balas cam mana lagi. Ngeee~

Last-last keluar la ayat maut dari mulut makcik ni. "Esok nak cari la seluar macam ni..." [Baca dengan nada iklan KFC tu...]

Aku ingat dia bergurau or whatever la kan... Tup-tup hari ni dia datang office tengok dia pakai skinny jeans tu. Ayooo... [Terus tepuk dahi..] Nak suruh orang perasan dia pakai skinny jeans tu, duduk la lalu-lalang sambil gosok-gosok seluar dia. Pooorahhh!!!

Kenapa tetiba aku ada dalam blog ni?? Why??? Apa salah aku?

Aku bukan nak mengata pun... Tapi dah nyata dan sememangnya kenyataan.. So, terima la hakikat ini dengan redha.. [Ayat insaf sangat... Ngeee~] Makcik, kau tu dah layak untuk dipanggil nenek tahu. Dah sebaya dengan mak aku tahu.. Dah kertu... Malu la sikit. Kita ni perempuan.. [Eh, cam aku pula perempuannya... Wakakaka...] Lagi satu, kalau susuk tubuh badan kau macam Giuliana or Tyra Bank x apa la juga.. Ni x.. Cam dugong tahu x.. [Sambil cekak pinggang]

Siapa cakap aku kertu??? Siapa??

Sekian... Hehehe...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : Mak aku pakai seluar jeans masa zaman bujang dia saja.. Tu pun seluar kembang kat bawah tu.. Ngeee~

... it is play time ...

Pepagi tadi, sambil breakfast sambil baca newspaper [Harian Metro], aku ada la terbaca artikel pasal 1 gadget ni. Wow!!! Aku memang pantang la kalu bab-bab gadget ni. Confirm baca dari awal sampai titik noktah akhir. Pastu pula pasal Blackberry. Memang excited gila la nak tahu kan??? Ngeee~

Ni la rupe Blackberry Playbook ni... Okay x?? Huhuhu..

Artikel ni pasal model Blackberry Playbook yang dijangkakan akan menyaingi model Apple iPad dan juga Samsung Galaxy Tab. Blackberry Playbook ni didedahkan kepada umum di Asia dalam persidangan Blackberry Devcon Asia 2011 di Bali, Indonesia. Ermmm... Nampak sangat Malaysia terlalu lembap mengejar teknologi terkini. Kan?? Opppsss... Ngeee~

Apa yang aku faham dari artikel ni, Blackberry Playbook ini akan memecahkan tradisi Blackberry sebelum ini kerana kau orang semua boleh buat video call dengan bantuan rangkaian 4G... [Kat Malaysia rasa-rasa dapat x ni?] Tapi, diperingatkan untuk kalian semua... Ulang suara... Diperingatkan... Blackberry Playbook ini boleh dikategorikan sebagai mini computer dan bukannya smartphone... Sebab dia besar yang amat... Lalala~

Kalau kau orang nak tahu lebih lanjut.. Tekan link kat sebelah ni... Okay? [Blackberry Playbook via Harian Metro]

Jom kite skodeng specifications Blackberry Playbook ni..
 
Nipis kan?? Excitednyer nak tunggu masuk pasaran Malaysia ni..


 Skrin Sesentuh : LCD 7.0 inci beresolusi 1024 x 600 piksel (WSVGA)
Sistem Operasi : Blackberry O.S 6
Pemprosesan : 1 GHz dual core
Memori : RAM 1 GB
Kamera : HD kamera (3.0MP di depan dan 5.0MP di belakang)
Format Video : 1080p, H.264, MPEG, DivX, WMV
Video Output : HDMI
Tanpa Wayar : Bluetooth 2.1 + EDR dan Wi-Fi - 802.11 a/b/g/n
Sambungan : microUSB dan microHDMI
Menyokong : Adobe Flash Player 10.1, WebKit/HTML-5, Adobe Reader, Adobe Mobile AIR, OpenGL, Java dan POSIX
Dimensi : 130 x 193 x 10 mm dan beratnya cuma 400gram


So, lepas ni kalau FB x tutup lagi. Boleh la main game Cafe World dan Farm Ville kat Blackberry Playbook ni. Hehehe... Seronoknya.. Ngeee~
 
~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : I will grab this gadget soon... Hehehe... I love it! I love it! Can't wait...

January 17, 2011

... kucing tempang & kedai makan ...

Tajuk entry kali ni pun macam dah bagi hint kat kau orang semua kan??

Mesti kau orang duk fikir apa kaitan sebenarnya antara kucing tempang dan kedai makan. Secara umumnya, di mana ada kedai makan di situ mesti ada kucing kan? So, nak tahu apa cerita sebenarnya?? Jom baca sampai habis.. Lalala~ [Sambil prepare nak lari kalau-kalau ada orang nak ketuk kepala aku]

Begini ceritanya. Semalam di saat-saat aku rasa aku kebuluran tahap hanya mampu untuk berkedip mata sahaja, aku keluar la nak cari makanan. Pusing-pusing Bandar Temerloh ni, tup-tup berhenti kat satu restaurant ni. [Nama restaurant x boleh reveal.. Sebab... Ada la sebabnya...]

Actually x bercadang nak makan kat luar pun. Just in my mind nak tapau balik. Alih-alih, dah terduduk pula. Ermmm... Alang-alang dah duduk makan kat sana terus la. [Hehehe... Alasan x langsung masuk akal bagi yang x berapa nak waras] Lepas order makanan. Datang la seekor kucing ni. Kesiannya. Tempang! Huhuhu... Aku pula jenis cepat kasihan.

Dia tempang kaki kiri belakang... Terhinjut-hinjut datang kat meja aku...
"Saya lapar... Lapar sangat-sangat..."

So, aku panggil la budak yang ambik order aku tadi. Orderkan ayam goreng. Huhuhu... Lambat juga ayam goreng tu siap. Sampaikan aku hampir habis makan dah. Once dah sampai, aku cubit-cubit la sikit-skit bagi kucing tu makan. Seronok tengok dia makan. Macam aku. Tahap kebuluran paling gampang...

Dua ketul peha ayam si kucing ni makan.... Lapar sangat kot...

Dah habis semua makanan, aku panggil suruh hantar bil. Minah yang datang tu terkejut tengok lantai kat tempat aku makan tu bersepah dengan sisa tepung goreng ayam tadi. Aku perasan dari riak muka dia.
"Sorry la lantai tu bersepah. Kucing tu lapar sangat. Kesian dia. Dah la tempang... Kalau awak nak, saya boleh tolong sapukan..."
Bersepah kan tempat kucing ni makan... Adat la kan bersepah??

Baik x aku? Hahaha... Geram actually kat minah yang buat muka tu. Menyampah! Lepas tu, aku tanya la bil semua ni berapa. Dia cakap la RM40++... So, aku ambil card dari wallet. Kau tahu apa dia cakap?
"Sorry. Kat sini x terima card..."
What??? Kau orang tahu kenapa aku terkejut sangat-sangat??? Tengok pic bawah ni. Terkial-kial aku carik duit dalam bag... Lantak la. Ada syiling, syiling aku bagi... Rasain~

Kedai nampak mewah cam ni x terima card?? WTF!!!
~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : So, lain kali nak datang kedai ni. Make sure aku dah cucuk duit kat binatang rimau...

... evolusi blackberryku ...

Hari Sabtu baru-baru ni balik KL.

Ada kerja yang nak diselesaikan. Mustahak juga la kot. Antara hidup dan mati. Hehehe... [Kalau x dapat selesai juga, jawabnya x dapat la nak pergi sana bulan 3 nanti... Huhuhu...]

After settle semua bende alah tu semua, aku dah x tahu nak buat apa lagi. So, calling-calling la kawan aku. Ermmm... Dia orang pula ajak pergi Plaza Lowyat nak survey Blackberry Torch katanya. Aku yang dah memang x tahu nak kemana ni pun terus saja la ikut. Cam lembu kena cucuk hidung.. Huhuhu... [Tapi aku bukan lembu tahu...]

Sampai sana, terus la pergi kedai yang dah biasa aku dealing. Moga-moga dapat la murah sikit harga Blackberry tu nnti. Tengok punya tengok, aku pula berkenan nak beli Blackberry Bold 3. Huhuhu... Tapi aku tahan saja la nafsu yang memberontak ni. Huhuhu... Kawan aku pun x jadi nak beli Blackberry Torch 2. Hahaha...

Masing-masing balik tangan kosong. Cisss... Buang karen saja pergi sana. Aku ni pula kul 7malam ada appointment dengan Blogger Payedd kt KL Sentral. Nak ambil Blackberry Bold 1 dari dia. [Actually tolong beli bagi pihak office mate aku.] Dah la kt KL Sentral tu buat aku tekanan nak cari parking... Huhuhu...

Masa dalam kereta nak jumpa si Payedd ni, kawan aku cakap dia tengah berkira-kira nak ambil Blackberry Torch tu. Aku pun kasi bakar lagi la api dia tu. Aku cakap ambil saja Blackberry Torch tu. [Aku dah tahap simbah minyak mentah yang kt pelantar minyak tu.] So, dia decide nak ambil. Dia cakap lepas jumpa si Payedd dia nak pergi Plaza Lowyat balik. Hehehe... Best x aku apikan dia???

Time kawan aku tengah dealing harga dengan tauke kedai tu, aku pula celah...
"You, kalau I angkut Bold 3 and Torch, you boleh bagi berapa??"
Hehehehe... Soalan yang bukan tauke tu saja terkejut. Tapi kawan aku juga... Sebab apa kau orang nak tahu?? Sila baca sampai bawah. Wakakaka... So, dengan ini saya menyimpulkan entry kali dengan... Ngeee~

Tadaaaa~

Actually ada 4 kotak, tapi 1 blackberry tu rosak. So, kotak dia dah dicampak dalam stor. Habis madu sepah dibuang betul kan??
My very 1st Blackberry... Bold 9000...
My 2nd Blackberry... Bold 9700...
My blackberry now... Bold 9780...
Blackberry Bold 9000 aku pakai 1tahun lebih and still elok sampai sekarang. Hehehe... Kemudian aku pakai Bold 9700. Tapi xsampai 7bulan dah rosak. Software dia koma. So, aku beli lagi satu Bold 9700. X sampai 2bulan aku pakai Bold 9700, aku beli Bold 9780 sekali dengan kawan aku tu.. So, sebab tu kawan aku terbelalak biji mata dia. Huhuhu... Pokai dah sekarang ni... Ngeee~

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : Aku x mahu jual Blackberry aku ni semua. Huhuhu... Sayang sangat-sangat...

January 14, 2011

... tolong ingatkan aku [01] ...

Tajuk entry kali ni x ada kena mengena dengan Ana Raffali. Cuma aku ambik title lagu dia sahaja nak buat slot dalam blog aku. Hujan renyai-renyai saja hari ni. Petang tadi, aku pergi Maybank. Nak top-up kan card Touch 'N' Go... Sekaligus nak bank-in duit.

Aku memang dah agak yang orang akan ramai kat Maybank nanti. So, memang betul pun. Tapi x ada la teruk sangat sampai kena beratur hingga ke luar... Lagi 3 orang dah turn aku nak bank-in duit. At that time tu, ada mamat ni cam gelisah semacam selang seorang dari depan aku. Pakai singlet. Tengah syok-syok duk berBBM, aku dengar dia mengeluh.

Eh! Silap photo pula... Hehehe... Sebagai hiasan sahaja... Jangan pula lepas ni kau gi beratur kat Toto...

"Adui... Lembap la pula nak masukkan duit ni..." [Lebih kurang camtu la kot. Sebab aku x berapa nak faham sangat loghat Temerloh ni.]

Kesian Si Pakcik yang duduk depan dia bergerak dengan lebih pantas even aku tengok lebih kurang saja. [Mati la.. Hehehe...]

Sampai giliran dia nak bank-in duit. Terus dia tengok keliling dulu. [Motif kau nak tengok keliling... Cam orang yang bersalah pula] Then, baru la terkial-kial cam ayam berak kapur nak masukkan duit. Sekali ambik kau... Entah berapa ribu dia masukkan duit tu pun aku x tahu. Aku cuma nampak Note RM50 yang agak tebal. Pastu memang lagi lembap nak mampus dari Pakcik tadi. Abang askar kat depan aku dah buat muka selengga dah.

For me la, sebelum kau nak cakap orang tu lembap, kau tengok dulu cara kau yang lagi lembap dari orang tu. Kau cakap orang tu lembap cam siput, kau tu siput babi x sedar... How??? Jawab sendiri...

Pendapat aku, kalau nak masukkan duit banyak-banyak [1,000,000 rp... Boleh?], better you go to kaunter la. Please consider orang lain yang nak guna juga ATM machine tu. Jangan nak buat harta sendiri pula. Your boss [even kau sendiri yang boss] patut bagi la kelonggaran pergi bank awal-awal nak beratur kat kaunter. Aku tengok ramai saja yang boss-boss dia orang suruh pergi bank-in duit kat kaunter.

One more thing aku nak cakap juga, x salah pun kau nak pakai singlet keluar rumah. [Actually dengki... Lalala...] Nak tunjukkan muscle kau yang aku rasa cam rangka basikal aku... BUT, please la... please sangat-sangat... TOLONGLAH CUKUR BULU KETIAK kau tu... Dah macam lalang ditiup angin. Kalau wangi x apa la. Ni x, boleh buat ATM tu temporary out of service... How?

I selalu cukur bulu ketiak.. Tengok, sejemput ja. You suka x???

Lagi 1 kes kat Old Town White Coffee.

Masa tu dah hampir pukul 8malam. Tersedak aku minum enrich chocolate iced... Mana x nya, tup-tup masuk seorang mamat ni pakai cermin mata hitam yang sehitam tuannya... [Lalala...] Hello cik abang, kot ya pun nak pakai cermin mata hitam tu x salah. Tapi tengok la dulu keadaan.. Dah gelap gelita dah. Kejadahnya nak pakai lagi. [Terus aku pitam lepas tu]

Dia duduk and terus panggil waiter kat situ. Old Town ni pula ramai Mat-mat Bangla.. So, dengan berhemahnya, datang la seorang Mat Bangla ni. Nak ambik order. Sekali lagi aku tersedak. Kenapa??

Terus dia smash Mat Bangla ni. "Panggil orang lain, kau x tahu nak cakap Melayu..." [Cermin mata tetap pakai ni]. Aku cam pelik la. Setakat nak order, kau tengok menu then tulis apa kau nak kat atas kertas yang dia bagi kan?? Bukan susah pun kan? [Siapa biasa dengan Old Town dia tahu la].

Aku nak tengok la juga apa yang dia order.. Bila sampai order terus aku pengsan x sedar diri...  [Tipu la tu kan sampai pengsan x sedar diri... Lupa diri ada la kot] Order dia apa?? Tengok bawah ya...

Setakat teh tarik ais and roti, kau x tahu nak cakap dengan Mat Bangla tu?? Kau yang orang paling BODOH aku jumpa...

Conclusion, sama-samalah kita tolong ingatkan diri kita...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

... marah tapi sayang ...

Petang semua...

Ingat nak update blog ni semalam. Tapi aku ni syok sangat ngadap TV. Sampaikan aku sendiri tertidur kat ruang tamu tu. Alih-alih TV tu pula yang tengok aku berdengkur x ingat dunia. Sedar-sedar saja dah pukul 2pagi. Terus bangun tutup TV and pergi landing balik atas katil. [Actually, that time dah separa normal mamai]

Back pada tajuk. Semalam balik kerja lambat dari hari yang kebiasaan. [Biasa balik kul 9malam tapi semalam balik kul 8malam... Boleh???] Bukan apa, petang semalam ada meeting pula dengan orang dari Regional. [Motif meeting buat malam-malam??]

So, balik saja rumah, si anak dara tu dah bising-bising dah. Memekak. All the neighborhood can hear her melodramatic voice okay? As usual, aku akan lepaskan dia dalam rumah ni. Luar rumah cannot okay... Karang asyik berJANTAN pula kerja kau. Nanti aku juga yang nak kena bidankan kau. [Huhuhu... Xpernah lagi bidankan kucing...]

Saya nak keluar rumah boleh? Nak gi cari jantan santan...
Dalam sejam aku lepaskan, aku dah start rasa pelik pula. Ye la, asyik la pula dengar loceng leher si Mizz Bella cam melompat-lompat. Aku pergi la check. OMG!!! 

Mizz Bella, what are you doing??? [Ambik kau... Ada kau speaking English dengan kucing kau?] Aku mula la tahap nak marah. Campur geram sekali. Kau orang nak tahu apa si anak dara ni dah buat?

See... Aku sayang gila earphone ni... Dah 3 Blackberry aku guna, still pakai earphone lama ni.
Aku rasa cam nak mengalir airmata tengok earphone blackberry aku ni dah putus TIGA... Dah la bende alah ni susah nak carik yang original kat luar sana. Pergi lowyat pun belum tentu ada. This earphone jenis yang masuk dalam. Dia padat kat dalam telinga. [Uwaaaa... Kat mana nak cari ni. Earphone blackberry yang baru beli tu pun bukan jenis ni.]

Aku angkat Mizz Bella, teruk jentik-jentik telinga dia beberapa kali. Muka dia memang dah tahap 'saya salah, maafkan saya ya...'. Then, dia buat muka kecian nak lepaskan diri. [Comey...]

Dah tahu buat salah terus tunduk muka... Cisss...
Tengok la mata dia tu... Sambil mengioew... Huhuhu...
Sebagai hukuman. Terus aku kurung dia balik dalam sangkar. And even you making any soprano voice pun aku x akan bagi kau main kat luar malam ni. YOU ARE GROUNDED! Rasain...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

January 10, 2011

... ajl 25 ...

Ermmm...

Baru lepas habis tengok Anugerah Juara Lagu ke-25 [AJL 25].


1st of all, aku nak ucapkan tahniah kepada Anugerah Juara Lagu. Dah Jubli Perak dah. Keep it up. Dah banyak bintang-bintang yang menyinar di pentas AJL ni. Hopefully after this buat lagi gempaq. Aku suka tengok pentas tadi. Modern and contemporary... Cewahhh!!! [Tetiba kan?]

So, 14 buah lagu dipertandingkan pada malam tadi. Kesemuanya aku rasa sangat-sangat sengit. Kalau kau orang perasan la, setiap lagu mesti ada gimik tersendiri. X ada yang x ada gimik. Kan??

Pentas AJL 25 dibuka dengan nyanyian oleh pemenang juara lagu yang terdahulu. Dimulai dengan Francissca Peter [Sekadar Di Pinggiran], Nash dengan lagu [Pada Syurga Di Wajahmu']dan diakhiri dengan M. Nasir dengan dua buah lagu [Tanya Sama Itu Hud-Hud] dan [Ghazal Buat Rabiah]...


14 BUAH LAGU BERENTAP

Cinta Sempurna [Yuna]
Berlari [Tomok]
Pelita [A.P.I]
Kebahagian Dalam Perpisahan [Shahir]
Drama King [Meet Uncle Hussain ft Black]
Noktah Cinta [Hafiz]
Tolong Ingatkan Aku [Ana Raffali]
Selamat Malam [Faizal Tahir]
Ku Ada Kamu [Adira]
Ekstravaganza [Bunkface]
Sofea Jane [Black]
Hanyut [Faizal Tahir]
Jahat [Stacy]
Mencari Konklusi [Hujan]

Selesai 14 buah lagu berentap, persembahan dari Dato' Sharifah Aini [Kau Tinggi Di Awan Biru] dan [Oh Di Mana], Ziana Zain [Anggapanmu] dan [Madah Berhelah] serta Dato' Siti Nurhaliza [Balqis], [Nirmala] dan [Cindai]. Nyanyian Dato' Siti Nurhaliza mengingatkan dan mengubat rindu aku balik pada zaman kegemilangan Irama Malaysia / Etnik Kreatif... Sobbb~

Juri-juri yang mengadili AJL 25 pada kali ini pula ialah Habsah Hassan, Acis, Azmeer, Andy Flop Poppy [X ingat la juri-juri yang lain... Huhuhu..] dan M. Nasir as the Ketua Juri...

KEPUTUSAN DAN PEMENANG

Juara Lagu AJL 25 : Tolong Ingatkan Aku [Ana Raffali]
Naib Juara : Drama King [Meet Uncle Hussain ft Black]
Tempat ketiga : Noktah Cinta [Hafiz]
Vokal Terbaik : Noktah Cinta [Hafiz]
Persembahang Terbaik : Hanyut [Faizal Tahir]

Congrats Ana Raffali. Teruskan berjuang dalam bidang seni muzik ni. Keep it up. Memang terkejut diumumkan Juara Lagu AJL 25. Tapi itu pilihan juri. So, maybe dah rezeki Ana Raffali kan??


~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...