February 9, 2011

... recipe's studio 01 ...

Ermmm...

Dari dulu-dulu lagi aku ingat nak buat satu slot khas untuk resepi-resepi sahaja... Tapi asyik tertangguh je. Ye la. Kalau dah asyik merewang sana. Merewang sini... Mana nak ada masa kan? Merewang kalau ada tujuan x apa. Ni x. X ada hala tuju dan pendirian langsung... [Mati la... Maki diri sendiri. Kalau nak merewang pendirian kena ada erk? Ngeee~]

So, this is it. Finally... Aku kuatkan semangat nak buat slot ni. So, the title aku letak is "Recipe's Studio" [Motif? Nk buat slot pun kena ada semangat kan?]

For the 1st recipe yang akan mengisi slot ni adalah Singgam Asam Pedas. Ada juga sesetangah panggil Asam Pedas sahaja..

Resepi : Singgam Asam Pedas


Bahan-bahan :-

Ikan [Yang besh buat asam pedas ni biasanya Kembong, Selar Kuning dan Pari].

5 ulas Bawang Merah.

3 ulas Bawang Putih.

2 cm Halia.

2 cm Lengkuas.

1 cm Kunyit.

Sedikit Serai.

3 sudu besar Cili Kisar [Kalau sesiapa suka pedas boleh lebihkan].

Bendi [Untuk memekatkan kuah asam pedas].

Terung Panjang [Untuk memekatkan kuah asam pedas].

Tomato [Untuk meneutralkan rasa masam air asam jawa].

Daun Kesum.

Bunga Kantan. [Dibelah 4]

1/2 gelas Air Asam Jawa.

5 gelas Air.

Minyak Masak.

Gula dan Garam secukupnya.

Cara Membuatnya :-

1. Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa sendiri.

2. Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Kunyit dan Serai dikisar.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan Cili Kisar sehingga naik bau.

4. Masukkan Air Asam Jawa dan Air biasa. Masukkan Bendi dan Terung.

5. Setelah mendidih dan kuahnya agak sedikit pekat, kecilkan api dan masukkan Ikan yang telah dibersihkan tadi, Gula dan Garam secukup rasa.

6. Apabila ikan sudah masak, masukkan Daun Kesum dan Bunga Kantan. Siap dihidangkan.


[Hidangan 2 - 3 orang]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...