February 24, 2011

... what? posting?? ...

Masuk office x tahu nak buat apa. Coz semalam dah settlekan semua kerja yang bertimbun atas meja. Huhuhu... Penat tangan ni duk menulis and menaip. Kalau rajin sangat pun susah juga nanti. Dan tatkala bercakap pasal rajin sangat ni la yang aku cuak, gementar, takut and semuanya la. Ngeee~
Last week, aku dapat call dari my colleague kat regional office. Dalam busy-busy and cuti-cuti aku angkat la juga. [Gigih ni berlari-lari anak capai telefon yang kat mana entah aku letak.]

Mula-mula memang borak-borak kosong and bertanya khabar saja la. Biasa la mukadimah. Lepas tu baru la masuk part yang paling utama and most important. Ayat yang tersembur dari mulut dia at that time memang bagai halilintar memanah aku... Oh tidak!!!
"Kalau aku nak posting kau ke regional office kat Kuantan kau nak x???"
Tu dia, ayat yang membuatkan aku hilang suara nak berkata-kata. Erk??? Posting ke regional office? Memang sah-sah aku x nak posting ke sana. X NAK!!! Sama sekali tidak... Someone please save me!

Confirm aku rindukan dia orang ni semua kalau posting... Geng2 bujang...

Bukan apa, aku memang dah selesa kat branch sini. Kawan-kawan kat sini pula 1 kepala dengan aku. Seronok kalau nak lepak-lepak and hang-out sama-sama. And semuanya bujang-bujang. So, xde la commitment dengan family ke what so ever kan? Yang kat regional pula ramai yang dah berfamily. So, agak terbatas la. Huhuhu...

But the most important thing is mana la aku nak cari rumah dalam masa terdekat ni kan? Orang kat regional office cakap kalau boleh masuk awal bulan March ni. How? Tinggal berapa hari saja lagi kan? Celah mana aku nak survey rumah bagai? Kalau dah kerja menggunung kat branch ni. Adui... [Padahal duk goyang kaki sambil main FB kat sini... Pitam...]

Kalau boleh nak la juga rumah macam ni. Ada swimming pool. Dinding pun kaca...

And the most most important thing is aku x nak duduk dekat dengan boss-boss. Nanti semua kerja x betul. Ini salah. Itu salah. Kang ada yang aku suruh buat kerja sendiri kan. Macam tahun lepas, tension sangat sampai termaki boss sendiri. [Kau berani 'ter'maki boss sendiri?] Nampak lenggang sikit bantai bagi kerja lagi. Huhuhu...

Macam ni la keadaan kalau berdekatan dengan boss... Kau hanya mampu menjeling sajork!!!

Dan dengan itu, aku cakap la yang aku akan fikirkan dahulu posting ke regional office tu.

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note :  Aku memang x nak posting ke regional office. Jangan dipaksa orang yang x mahu...

February 22, 2011

... isnin yang monday ...

Mati la x tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ni. Ini yang terlintas dalam otak buat masa sekarang. [Pengsan!].

Kisahnya bermula tatkala aku terlewat bangun tido pagi tadi. Sedar-sedar dah pukul 7.00 pagi. [Semalam beria-ria pujuk mata suruh tido awal] Uwaaa... I hate Monday actually!

Kemas katil and terus jenguk Mizz Bella. Dah mengiow-ngiow dia dalam sangkar. Makanannya dah habis rupanya. Tuang makanannya [Ions, Premium and Whiskers] dalam bekas tapi x juga nak melahap makanan tu. Tension aku. Last-last aku biarkan bodoh saja. Terus pergi buat breakfast. Paling simple. Vegetable Scramble Eggs. Campak kobis, carrot, tomato, bawang and krismis. Dah siap. Ngeee~

Tadaaa... Dah siap Veggy Scrambles Eggs...

Kemudian, buka almari baju nak tilik-tilik baju mana yang pakai hari ni. Ermmm...  Setelah 3 4 helai baju yang cuba di suai padankan, akhirnya T-Shirt Polo santai la pergi office hari ni. Alamak!!! Berkedut la pula. Gosok la kejap. Huhuhu... Terus pergi iron baju. Dah jenis aku, selagi baju ada kedut-kedut terus aku iron sampai licin. Lalala...

Time untuk mandi pula. Masuk saja bathroom, terus tilik muka kat cermin. Aisehmen... Misai and janggut lupa pula nak shave. Macam mana ni. Nak x nak aku shave juga kejap. Aku ni pula bukan jenis yang berbulu. [Mati la kurang hormon.] Tumbuh misai and janggut pun lite-lite and jarang-jarang. [Pitam.] Aku teringin la juga nak ada jambang and misai macam lelaki lain. Macho tu babe... <--- Aku cite lain entry. Ngeee~

Terus bersiap-siap pakai baju. Kalau dah pakai baju confirm la pakai seluarkan. Setakat ni x ada lagi aku pergi kerja lupa pakai seluar. Blow the hair bagi kering and nanti senang nak style kan dia. Huhuhu... Dengan rambut yang x ada rupa, terus bersantap. Main telan saja. Masuk. Telan. Masuk Telan. X sampai 3minit dah licin. Lalala... [Tercekik...]

Sampai kat office pun still rambut x siap-siap... How???

Dari siap mandi kul 7 lebih sampai la 8.45 aku x siap-siap lagi. Memang cerewet kan? Alih-alih, aku decide touch-up touch-up semua bagai dalam kereta. Lalala...

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan actually... I HATE Monday!!! Ngeee~ [Koma 4 minggu]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : I think that I need maid la kat rumah ni... Boleh??? Siapa nak?

February 20, 2011

... terimalah padahnya ...

Tu dia tajuk entry kali ni. Very the straight forward sangat kan??? [Pitam...]

Al-kisahnya, petang tadi x tahu nak buat apa kat rumah ni. So, ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir dalam rumah ni, aku terpandang la pada sesikat pisang yang x habis aku buat pisang goreng 2 hari lepas. [Ngidam nak makan pisang goreng buatan sendiri tapi pakai tepung yang beli kat kedai. Lalala... Larikkk...]

So, terpikir la nak buat cenkodok pisang buatan sendiri pula kan??? Ngeee~ Punya la malas nak lenyek pisang tu, aku pergi blend saja pisang tu dengan blender. Senang kan? Hahaha... Tengah-tengah gaul nak sebatikan pisang tu, aku pergi la ambik air sejuk dalam peti ais. Bukan apa, cuaca kat sini tetiba cam panas. [Motif??? Banyak dosa kot!] Dah tahu bila buka penutup botol tu, terus la tutup balik kan?

Aku la DIVA dalam rumah ni... Kau siapa???

Out of no where, datang pula Mizz Bella. Kaedahnya nak menolong aku kat dapur ni. [Kau mampu???] Aku pun apa lagi, sergah la dia. Dia punya terkejut, terus langgar botol air tadi. Apa lagi, tumpah la air dalam pisang lenyek aku. OMG!!! Macam mana aku nak buat ni. Hancusss cenkodok aku. Last-last, buat la juga. Buat seperti x ada apa-apa yang berlaku. Ngeee~

So, the result turn of like this. Still enak untuk di makan. Tapi... Uwaaa... [Kau orang jangan gelak taw...]

Dah macam lempeng pisang pun ada dah aku tengok...

Kalau la My Drama Queen a.k.a My Mom a.k.a MDQ tengok cenkodok pisang aku ni. Mahunya dia hantuk kepala kat dinding rumah. Paling kurang pun dia bantai gelak sambil guling-guling atas lantai dapur sehingga berair mata...

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao... 

February 18, 2011

... watch out and be careful ...

Ayooo... Lamanya aku x update blog ni. Huhuhu... Busy buat header untuk Cik Abg Payedd... Ngeee~

Surf saja internet, terus masuk blog-blog yang wajib kunjung. After that baru la boleh update blog kan? Kalau Cik Abg Payedd tengah meroyan kat blog dia pasal Hari Jumaat yang mulia ni, aku pun nak meroyan tahap dewa juga kat blog ni. Memang sakit hati sangat la. Tapi sabar...

Marah-marah tetap nak nampak kiut kan???

Tengok tajuk entry pun dah tahu kenapa kan??? Aku just nak pesan kat kengkawan out there yang maybe lepas ni pula jadi mangsa keadaan macam aku ni. Sebab aku dah kena and aku x nak la kengkawan aku pula yang kena macam aku ni.

Pukul 10pagi tadi My Drama King a.k.a My Dad a.k.a MDK called. Ingatkan apa la kan tetiba saja MDK called. Kalau x bende yang penting MDK x kan called punya. Bila angkat saja, terus dia bagitahu. Tadi ada orang dari KL called dia. [Sebab no phone yang naik kat screen phone no area KL]

The person yang called tu dari apa entah. Hong Leong kot. [Mati la x dengar. X korek telinga. Ngeee~] Guess what, dia tanya la MDK ada pakai card tuttt tuttt x? [Sorry.... Name of the card kena censored kan. Lalala... ] So, my MDK cakap la ada pakai. Then, dia cakap MDK ni kira lucky la sebab sebagai card tuttt tuttt holder, dia boleh dapat tawaran yang istimewa. Just perlu bayar RM berapa entah, MDK layak menerima tawaran yang istimewa tu. [Motif???] Segala agreement akan diposkan setelah MDK berkenan and berminat nak ambik tawaran istimewa tu.

Talk to my hand... LIAR!!!

And fortunately la MDK called aku pagi tadi. Apa yang aku nak cakapkan di sini, semuanya tu TIPU!!! I repeat TIPU!!! Sebab apa nak tahu? Card tuttt tuttt yang pada MDK tu hanya la card supplementary sahaja. And I am the main cardholder here. Aku minta keluarkan 1 card supplementary untuk bagi kata MDK. Segala information regarding the card x ada kena mengena dengan MDK. How come, aku x dapat call dari orang yang called MDK tu. Memang aku hangin satu badan bila dengar MDK bagitahu aku macam tu. Yang kena tanggung nanti aku pula. Bangsat punya orang. X padan perempuan. Pun kerja nak menipu!

Aku cakap la kat MDK kalau that bitch called dia balik, mintak mobile nombor dia and nama dia sekali berserta jawatan dia kat dalam company tu. Aku akan call perempuan tu personally. Memang nak kena! And kau orang nak tahu? Perempuan tu called aku. Tapi aku x angkat sebab dia called pakai no office. So, nanti x boleh nak trace. Don't expect semua orang BODOH!!!

So, kengkawan di luar sana. Watch out and be careful!!! Dunia sekarang banyak penipu. Harap muka baik... Tapi perangai mengalahkan ibu segala setan dan iblis.

~A tout a l'heure...
~A revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Dunia sekarang pun menjadi punca berlaku banyak penipuan. Khususnya akan terjadi kepada golongan yang veteran + lurus bendul + buta huruf... Sanggup dia orang menipu erk???

February 10, 2011

... recipe's studio 02 ...

Kali ni aku post resepi paling simple punyer la. Tapi ala western sikit. Kalu sesiapa yang rasa malas sangat nak masak tu, cuba la try resepi ni. Senang and mudah. Bebudak bujang di luar sana. Cuba try test buat. X kan asyik makan maggi saja kan?

Resepi : Spicy Fried Elbows


Bahan-bahan :-

Elbows [Sejenis makanan dari kategori Spaghetti].

100 gm Ayam. [Suka hati kau orang la nak ganti pakai apa pun].

3 ulas Bawang Putih. [Diketuk]

1 tangkai Cili Kering. [Dipotong kecil]

Daun Basil.

Lobak Merah.

Air.

Minyak Masak.

Garam.

Cara Membuatnya :-

1. Elbows direbus dengan Air dan Garam secukup rasa sehingga masak. [Nak tahu masak or x. Just picit. Kalau putus tu dah masak la].

2. Ayam dibersihkan dan dipotong dadu.

3. Panaskan minyak. Goreng Bawang Putih sehingga naik bau.

4. Masukkan Cili Kering, Daun Basil, Lobak Merah dan Ayam. Goreng lagi sehingga naik bau juga.

5. Masukkan Elbows yang telah dimasak tadi dengan sedikit air rebusan. Goreng sehingga kering. Siap dihidangkan.


[Hidangan 2-3 orang]

Nota : Masa untuk Elbows masak dari 30minit hingga 45minit. Tengok keadaan api.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

... tak faham aku ...

Tengah syok-syok aku update blog ni, berdeting bunyi chatting kat Facebook aku. Tengok-tengok kawan 1course dengan aku dulu time diploma masa kat Uni. Tanpa salam [as usual] terus redah tanya aku. Katanya bila aku nak post buku yang dia minta tu? Nak guna. Aku jawab la balik dengan eloknya. Aku cakap aku busy sekarang ni. Jarang masuk office. Lagipun sekarang banyk kerja luar. Ye la kan. Namanya pun kerja Marketing. X ada maknanya kalau terperak dalam office saja.

Ni la rupa buku tu... Strategi Berjaya di Kampus...

Actually, buku tu bukan dia nak guna pun. Dia nak bagi kat kawan pempuan mana entah. Biasa la kan. Lelaki. Nak tunjuk baik la kalau nak tackle anak dara orang. Kalau x kena reject pula kang. The besh part is dia siap bagi address pempuan tu suruh aku postkan. Suruh post express katanya. [Demanding sangat kan?]

Pada mulanya memang aku nak postkan buku tu. Bukan apa, ilmu ni kena kongsi-kongsi. Lagipun buku tu aku dapat free dari lecturer aku dulu. Xsilap dia bagi 3buah buku yang sama. Nak buat macam mana. Orang yang baik dengan lecturer and selalu lepak dalam bilik lecturer. [Perghhh!!! Puji diri sendiri. X malu kan???] Tapi, lepas saja aku dapat SMS dari dia, terus reluctant sangat nak postkan.

Entah la. Dari ayat SMS dia tu membuatkan aku rasa macam melampau sangat la. Kalau dah nama nak minta tolong tapi buat macam aku ni orang suruhan kau pula. Cara x kena la bro. Came on la. Kau orang Trg, x kan x ada adat langsung. Please la
"Mu pos la cepat skit. Member tanye sbb die nk pakai buku 2. Urgent..."
Langsung x consider diri aku yang bekerja ni. Dah la kekadang hujung minggu pun kerja. Aku dah jadi macam malas nak postkan even aku masuk office pun. Aku dah jadi muak dengan orang yang nampak saja muka baik. Tapi hakikatnya...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

... the year of rabbit ...

Well, kita baru sahaja menyambut Chinese New Year last weak kan? Tapi kau orang semua perasan x yang tahun ni x semeriah mana pun sambutan Chinese New Year. Sekadar bersederhana sahaja. Mengikut seruan Perdana Menteri kita, biarlah bersederhana menyambut perayaan. Ngeee~


Mengikut Calendar Cina, Tahun 2011 ni adalah Tahun Arnab... Ermmm... Nak cerita sikit la tentang Tahun Arnab ni. [Who's born in this year??? Angkat kaki... Lalala...]

Sesiapa yang lahir pada Tahun Arnab ni, dia ada character tersendiri. Antaranya, wise, fragile, considerate, fashionable and kind. Kebiasaannya, lebih bersikap tenang dan x mempamerkan sikap aggressive dan akan avoid confrontation. Selain tu, orang yang lahir pada Tahun Arnab ni juga, lebih pay attention dengan apa dia buat.

Arnab ni adalah simbol untuk mercy, elegance and worship of beauty. So, orang yang lahir pada Tahun Arnab ni juga dia lebih penyayang and baik hati. Lebih sensitive and allergic. Ermmm... Lagi satu, Arnab ni juga adalah simbol kepada bulan... Kepercayaan Cina kan lebih kepasa Yin and Yang. Kiranya Arnab ni adalah Yin.

Kalau kau orang rasa nak tahu lebih lanjut, tekan sahaja link kat sini [year of rabbit] and baca la segala apa yang tertulis dalam tu. But, jangan la terlampau obsess pula. Malas pula nak tulis panjang-panjang. [Pemalas betul kan aku ni???]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Baca apa yang tertulis pasal Tahun Arnab ni, buatkan aku tersengih seorang diri... [Gilakah aku???]

February 9, 2011

... tekanan atau gila? ...

Actually nak buat this entry time cuti Chinese New Year baru-baru ni. Tapi... [Nak juga tapi kan???] Busy memanjang saja... Merewang x tentu pasal... Lalala... Ermmm... Next entry aku cerita pasal Chinese New Year. Just nak share saja and menceriakan suasana Hari Raya kaedahnya.

Before cuti Chinese New Year, suasana office agak riuh rendah juga la sebabnya ada 'orang gila' ang bertandang... Mengikut wartawan yang xbertauliah kat office tu, katanya 'orang gila' ni dah dtg time aku keluar lunch, pergi bank and also pergi complaint pasal cop salah buat. [Suka sgt nak suruh mulut aku membebel x tentu pasal... Adui...]. Pastu dia datang balik time aku dah masuk office balik.

Tekanan... Tekanan... Tekanan... Arghhh... Memang gila kan?

Gila... Apabila seseorang mendapat tekanan yang melampau dan dia sendiri tidak dapat mengatasi masalah itu, kemungkinan dia untuk menjadi gila amat mudah. Tapi gila ni aku rasa berperingkat. Kalau tidak mendapat rawatan pada awalnya, makin bertambah teruk la. [Pendapat aku sahaja la. Sebab google x dapat apa yang aku cari... Kau orang try la pula google erk]

Dari apa yang aku perhatikan pasal 'orang gila' ni, seriously cakap yang dia memang nampak gila. Dari cara dia merapu raban. Merepek-repek buat kerepek. Melalut itu. Melalut ini.

BUT...

Aku teramat la musykil tatkala aku perhatikan dengan betul-betul. [Pandangan dari sudut hati... Ngeee~]. 'Orang gila' ni pakai Nokia N8. Aku ulangi, dia pakai Nokia N8 okay... Kau ado??? So, aku dah start rasa pelik and ingin tahu lagi. Tapi x mampu buat apa-apa sebab aku x terlibat secara langsung dalam skesta drama dia orang ni.

Nokia N8... Rasanya baru lagi kot dalam pasaran Malaysia ni...

So, lepas saja my colleague duk layan, 'orang gila' ni blah dengan x pakai kasut. [Office aku memang kena cabut kasut kalu nak masuk... Pelik kan?]. What? So, lagi terpinga-pinga la kita orang semua. 'Orang gila' tu betul-betul gila atau buat-buat gila? Kata my colleague, 'orang gila' ni mungkin tekanan. Sebab tu nampak macam gila.

Kesnya, dia nampak report polis yang 'orang gila' ni buat dalam file yang dibawa bersama. Isterinya [sekarang dah jadik ex] minta cerai dengan 'orang gila' ni.  Dah la minta cerai. Kena saman pula dengan isterinya dengan jumlah ratus ribu ringgit juga la. Minta separatekan syarikat. 50% bekas isterinya, 50% lagi dia la. Lepas tu, kereta dia pula kena curi kat area KL. Prosiding di makhamah akan berlangsung x lama saja lagi. So, 'orang gila' ni nak cari something yang valuable untuk bagi kat bekas isterinya time jumpa kat makhamah nanti. So sweet kan??

Sudahnya bercerai berai... Ermmm... No komen...

Just ada 2 options maybe. Pertama, 'orang gila' ni ada skandal lain, then bekas isterinya dapat tahu and mintak cerai. Kedua, bekas isterinya ada skandal lain, then 'orang gila' ni dapat tahu and sebab bekas isterinya lagi CINTA akan skandalnya minta cerai. Kau orang rasa mana satu option yang suitable. Fikir-fikiran dan renung-renungkan.

Bagi aku, 'orang gila' ni masih sayangkan bekas isterinya. So, thats why la dia nak cari sesuatu buat bekas isterinya itu. Kesian pula aku tengok 'orang gila' tu. Nak salahkan dia aku x tahu. Nak salahkan bekas isterinya lagi aku x tahu.

Hanya aku dapat tolong, doakan kesejahteraan 'orang gila' ni. Maybe ni dugaan yang Tuhan bagi untuk dia. Moga dia tabah menghadapi dugaan ini... Amin...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Tuhan bagi dugaan untuk setiap manusia ni berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Moga dugaan yang mendatang aku hadapi dengan tabah. Kuatkan semangat aku.

... recipe's studio 01 ...

Ermmm...

Dari dulu-dulu lagi aku ingat nak buat satu slot khas untuk resepi-resepi sahaja... Tapi asyik tertangguh je. Ye la. Kalau dah asyik merewang sana. Merewang sini... Mana nak ada masa kan? Merewang kalau ada tujuan x apa. Ni x. X ada hala tuju dan pendirian langsung... [Mati la... Maki diri sendiri. Kalau nak merewang pendirian kena ada erk? Ngeee~]

So, this is it. Finally... Aku kuatkan semangat nak buat slot ni. So, the title aku letak is "Recipe's Studio" [Motif? Nk buat slot pun kena ada semangat kan?]

For the 1st recipe yang akan mengisi slot ni adalah Singgam Asam Pedas. Ada juga sesetangah panggil Asam Pedas sahaja..

Resepi : Singgam Asam Pedas


Bahan-bahan :-

Ikan [Yang besh buat asam pedas ni biasanya Kembong, Selar Kuning dan Pari].

5 ulas Bawang Merah.

3 ulas Bawang Putih.

2 cm Halia.

2 cm Lengkuas.

1 cm Kunyit.

Sedikit Serai.

3 sudu besar Cili Kisar [Kalau sesiapa suka pedas boleh lebihkan].

Bendi [Untuk memekatkan kuah asam pedas].

Terung Panjang [Untuk memekatkan kuah asam pedas].

Tomato [Untuk meneutralkan rasa masam air asam jawa].

Daun Kesum.

Bunga Kantan. [Dibelah 4]

1/2 gelas Air Asam Jawa.

5 gelas Air.

Minyak Masak.

Gula dan Garam secukupnya.

Cara Membuatnya :-

1. Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa sendiri.

2. Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Kunyit dan Serai dikisar.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan Cili Kisar sehingga naik bau.

4. Masukkan Air Asam Jawa dan Air biasa. Masukkan Bendi dan Terung.

5. Setelah mendidih dan kuahnya agak sedikit pekat, kecilkan api dan masukkan Ikan yang telah dibersihkan tadi, Gula dan Garam secukup rasa.

6. Apabila ikan sudah masak, masukkan Daun Kesum dan Bunga Kantan. Siap dihidangkan.


[Hidangan 2 - 3 orang]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...