April 21, 2011

... bulan ini bulan diet ...

[mood : time lunch, tapinya aku terperap dalam office mengadap komputer. Komputer pun jemu tengok muka aku...]

Just curi sedikit waktu time lunch ni tuk update blog. Huhuhu... Nama pun bulan ni bulan diet kan? So, x perlu la nk pergi lunch bagai. Hehehe...

Actually, aku bukan apa... Bukan nak diet sangat pun. Bukan x ada duit nak makan. [Biasanya orang diet ada 2 kategori.. [Tak ada duit][Mmg niat di hati nak diet] Larikkk sembunyi belakang langsir] Tapi bulan ni aku banyak sangat nak pakai duit. Nak bayar bill telefon. Nak bayar service kereta. Nak bayar roadtax kereta. Kang x pasal-pasal kena tahan. Naya aku...

Aku memang dah agak yang bill telefon aku akan melambung naik punya. So, lets tengok bill telefon aku nak??? Haaa... Aku calling-calling siapa erk? Jom skodeng....

Nampak x? Cam kecik la pula...

Bulan lepas sahaja penggunaan aku da RM603.80... Huhuhu... Sikit saja kan? [Pitam...] Tapi bulan sebelum tu aku ada bayar lebih. So, after minus lebihan tu jadi la aku kena RM477.70. Kenapa?

Banyak sangat buat call time kat luar negara... Huhuhu... Termasuk la ada seorang tu...
Sebabnya aku banyak buat panggilan... Dalam Malaysia sahaja aku calling-calling RM150++... Plus dengan calling-calling di luar negara RM200++... Huhuhu... Kayap aku. [Nanges...]

Rate untuk SMS [International]

Rate untuk call [International]

Dan dari apa yang aku perhatikan dalam bill telefon aku ni. Apa yang dapat aku simpulkan dekat sini... Cewahhh... Kalau ada sesiapa yang nak pergi luar negara [Buat International Roaming] better call then SMS... Call lagi murah dari SMS okay! More cheaper sangat-sangat. Kalau tengok bill telefon, call akan di charge RM0.35/minit. SMS pula akan kena charge RM0.98/SMS... Mahal!!!...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

SohSehSohSeh : Nanti aku cerita ke mana aku pergi holiday erk... Hehehe... X ada masa la nak buat entry... Huhuhu...

April 19, 2011

... rindu pada si dia ...

Ya Allah, Ya Ampun... Dah bersawang bagai dah blog aku ni jadinya... Being busy lately dengan kerja yang berlambak di office. Sampai nak join event kat luar pun x sempat. Huhuhu...

Ni pun cuba untuk meng-busy-kan diri di dalam timing yang betul-betul gila free ni. Eh, terbalik la pula. Actually, aku cuba untuk meng-free-kan diri aku yang terlampau busy dengan kerja ni. Huhuhu...

Ermmm...

Aku memang akui yang aku rindu sangat-sangat-sangat pada Si Dia ni. Bila lagi la aku nak jumpa si dia yang cute-miut ni. Huhuhu... [Hanya masa yang akan menentukan segalanya]

Si Comey Fika...
Rindu sangat pada keletah Si Comey ni. Keletahnya membuatkan aku lupa sebentar pada kesibukan kerja. Pantang kalau aku balik, mesti x nak berenggang dengan aku. Ye la, dengan aku segala benda dia boleh merengek. Nak itu. Nak ini. Aku ni pula jenis x boleh tengok budak-budak buat muka. Mesti cepat kalah punya. [So, adik-adik kat luar sana kalu nak suruh aku cepat naik bendera putih belajar buat muka erk???]

Setiap kali aku balik, mesti aku akan bawa balik makanan yang dia suka makan. Aku memang xkesah berhabis duit untuk budak-budak ni. X pun, kalau x sempat nak beli, aku bawa la dia pergi Supermarket mana-mana belikan. Ais-krim la. Coklat la. Even mama dia sendiri x bagi dia makan benda macam tu, aku still belikan. Hehehe... Senyap-senyap dah la kan?

Pernah sekali dia merajuk dengan aku. Kesnya, aku tengah godek-godek kamera aku. Maybe dia ingat aku nak ambik gambar dia kot, terus dia posing x ingat dunia. Senyum-senyum. Bila aku tanya kenapa. Dia cakap nak ambik gambar la. Aku pergi la tibai balik cakap x nak ambik gambar pun. Dia terus lari sambil hentak kaki. [Protes dengan aku la tu... Diva sangat kan???] 1 rumah aku cari nak pujuk dia. Rupa-rupanya dia menyorok belakang langsir. Adui... Hahaha...

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

SohSehSohSeh : Uwaaa... Dah makin rindu dengan Si Comey Fika ni... Nak balik...

March 29, 2011

... jangan malukan diri sendiri ...

[mood : malas nk hupdate blog tapi tetap gigih nak hupdate juga]

Minggu lepas ada satu family pindah masuk rumah sebelah rumah aku ni. Kaedahnya, budak lelaki bujang yang duduk sebelum ni kena halau dengan kakaknya sendiri a.k.a tuan rumah tu sendiri. [Buat faham-faham sendiri].

Aku malas nak menaip panjang. Nama pun x ada mood kan??? So, aku ringkaskan cerita erk.

Masa mula-mula kakak sebelah rumah aku ni pindah masuk, [Terpaksa pakai kakak sebab aku x tengok lagi husband kakak ni] kebetulan aku ada dekat rumah. So, aku dengar la bunyi bising yang bingit duk punggah barang masuk rumah. Jenguk-jenguk la juga aku nak tengok banyak sangat ke barang yang nak punggah. Actually, bukan nak tolong pun. Just busy body. Ngeee~

X berapa lama lepas tu, aku keluar rumah kejap nak tengok-tengok saja. [Dia dah upah orang tuk punggah barang dia tu. Kalau aku tolong nanti dia kena bayar upah aku pula. Larikkk...] Sebaik keluar kat laman rumah, kakak tu terperasankan aku. Aku bagi la senyuman jiran tetangga kat dia. [Baik x aku???] Tapi dia langsung buat x tahu. Buat muka bodoh sombong [Imagine sendiri].

Selang beberapa hari, lepas aku mandi [Dalam pukul 10pagi kot.] aku keluar la rumah nak tengok surat dalam P.O.Box. You know what? Kakak tu sedang siram pokok bunga kat laman rumah dia. Sekali dia tegur.

Kakak Kerek : X kerja ke hari ni?
Aku : Kerja. Tapi malas nak masuk awal-awal. [Mati la sesuka hati masuk kerja pukul berapa]
Kakak Kerek : Akak nak cakap sikit ni dik. [Dik? Feeling muda kejap] Tapi jangan la terasa pula.
Aku : Apa dia kak? Sikit bukan banyak pun.
Kakak Kerek : Kita ni orang Melayu. Orang Islam. X elok terpekik terlolong menyanyi x tentu hala. Pasang lagu kuat-kuat. [Pecah lobang... Dengar lagu Aishah - Janji Manismu] Orang dengar x manis. Kita orang Melayu ada adat. Ada sopan...
Aku : Tapi kak... [X sempat nak habis cakap...]
Kakak Kerek : Dengar dulu akak cakap ni. Lain kali buat-buat la baca Quran ke. Dengar ayat-ayat suci Al-Quran... Kan manis. Sedap di dengar...

Pot... Pet... Pot... Pet... [Aku dah malas nak dengar dah. X pasal-pasal dapat ceramah pepagi.]

Kakak Kerek : Mak ayah awak x ajar awak ke benda-benda ni semua? [Hembus nafas... Penat membebel. Aku pula pantang kalau main mak ayah ni. Sensitip]
Aku : Mak ayah saya x ajar saya baca ayat-ayat suci Al-Quran dalam tandas atau waktu mandi... [Terus berlalu.]

Pitam...
~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...


Bakry's Sticky Note : Ini la sikap segelintir manusia yang bergelar Melayu ni... Cakap bukan ikut fakta... Main redah saja... Helmet x pakai. Bawa pula pisau potong bawang... Sekali kena BOH, SIA-SIA...

March 10, 2011

... i am so addicted ...

Yes... Aku memang dah addicted sangat-sangat sekarang ni... Memang x nak berenggang jauh dengan benda alah ni. Setiap masa dan waktu memang nak sahaja benda ni. You are my drug to me. Huhuhu...

Ermmm... Actually benda ni pun aku dapat dari my little brother... Dia ni memang hantu sangat-sangat... Menjeratkan abang sendiri masuk ke lurah durjana... [Adik durhaka... Hehehe...] Benda ni terjadi tatkala aku balik bercuti... Sesampainya aku, terus dia masuk topic. X ada bengkang bengkuk langsung. Straight to the point. Aku ni x sempat pun nak letak bontot atas kerusi. [Padahal bontot ada bisul... Pitam.]

Yang adik aku ni pun satu, dia dah tahu aku ni pantang jumpa game... Memang naik hantu la. Lagi dia bakar aku dengan pujian pasal game ni... Katanya graphic cantik la. Seronok main la. Ada PVP la... Memang mencurah minyak ke api la jawabnya... So, aku try la install game tu. BTW, game ni game online. So, nak kena ada internet kalau nak main...

Lets tengok macam mana game ni...

Nama game ni Shaiya... Free Online MMORPG...
Cute kan watak dia... Hehehe...
Aku prefer pakai orang Mage... Ada kuasa-kuasa...
Dia lebih kurang macam ni la kalau nak lawan...
Kalau ada sesiapa yang suka dengan game online... Aku rasa Shaiya ni x akan menghampakan kau orang semua... Apa-apa ni aku share link dia... Preview and download kat sana erk???


~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

March 9, 2011

... i hate bmw ...

Ya Ampun... Being busy lately dengan kerja yang berlambak di office. Guess what, mood nak kerja pun dah x ada dah. Mood dah bertukar wajah. Sekarang dalam mood HOLIDAYS... Ahakz...

Tu dia tajuk entry kali ni... Terang lagi bersuluh... Kau mampu buat statement macam ni??? [Koma...] BMW??? Apa kebendanya kan? Be My Wife kah? Best Men Win kah? Bite My Weiner kah? Opsssy...

Bayerische Motoren Werke AG literally Bavarian Motor Works (BMW) is a German Automobile... Siapa x tahu BMW tu apa??? [Sila gali lubang kubur sekarang... Arahan... Pitam.] Sebut sahaja BMW, confirm ramai yang tahu and mengidam-idamkannya kan? Tapi sekarang ni, dah ramai rakyat Malaysia dah boleh pakai kereta BMW ni. Itu tandanya Malaysia dah semakin maju. Especially area KL and Selangor... X gitu?

Semua orang idamkan tuk drive kereta BMW oneday kan?

But, seperti tajuk entry kali ni. Not for me anymore. I hate BMW... Kan??? [Mati la kena carut lepas ni...]

Bukannya apa. Asal sahaja bercerita tentang BMW, mesti aku dikaitkan dan diheret bersama. Kekadang aku rasa aku ni macam dah kena tambat dekat tayar kereta BMW. Huhuhu... Rimas. Serabut. Semua ada la. Kalau aku nak tulis satu-satu panjang la pula entry aku kali ni kan?

2 days ago, aku terasa la rindu sangat nak dengar suara seseorang [Si Dia] ni. Then, when aku called Si Dia x angkat pun. Dah penat aku tekan button call and end call... Huhuhu... Langsung Si Dia x angkat. Semuanya masuk voicemail. Sedihnya time tu... Tapi, bila difikirkan maybe Si Dia tengah busy kot dengan special Si Dia. Aku call xkena tempat kan???

But, about half and hour lepas tu, best friend Si Dia called. [Kiranya kawan aku juga la...] Katanya nak sampaikan pesan dari Si Dia. [Hahaha... Berpesan-pesan la pula...] Si Dia pesan "Cakap aku ni dah sombong sekarang. Naek BMW. Dia panggil langsung aku x berpaling"... Ambik kau... Terkedu aku for a moment. Bila masa pula aku naek BMW ni.

Aku shortkan conversation aku okay. Si Dia bagitahu yang aku shopping kat Pavilion dengan Someone Special kaedahnya... [Siapakah Si Malang itu??? Jeng... Jeng...] Si Dia panggil nama aku banyak kali tapi aku buat don't know saja. Si Dia kejar aku sampai kat pintu utama. Tapi at that time aku dah nak masuk BMW. Yang bestnya, Si Dia cakap Someone Special tu tolong bukakan pintu untuk aku... [Sweet kan??? Pitam...]

And is totally not true at all... Yes, aku admit yang aku memang shopping kat Pavilion last weekend. Kesnya nak cari bagpack. Yang dengan Someone Special tu aku xtahu la Si Dia tu nampak aku atau someone yang seiras aku... Ermmm... Nak kena pujuk lagi... Malas betul la. Leceh sangat-sangat.

Before this pun memang ada kes juga dengan BMW. Pernah kenal seorang mamat [Perasan bagus yang amat... Please...] kononnya mengaku and pergi canang satu Malaysia yang aku ni adik angkat "Dunia Akhirat' dia la. 1st time jumpa and bersemuka pakai kereta Proton Satria. Katanya x nak menunjuk-nunjuk. Kat rumah ada BMW, Alphard bagai. Bila rahsia terbongkar. Semua tu nan adooo... Khayalan semata-mata...

1 lagi kes, aku pernah hampir accident dengan BMW ni. Memetik kata-kata Payedd, kau buat 'ter'accident dengan BMW, Bentley... Untung-untung dapat tackle orang yang drive tu... Ermmm... Tapi orang yang bawa BMW time aku nak accident orang Melayu. Sombong nak mampus and berlagak... [Tak semua yang bawa BMW macam ni...] Aku ada juga kenal seorang Chinese yang bawa BMW... Xde la sombong and berlagak pula... Boleh pula dia sound aku cakap aku lintas jalan x pandang kiri kanan... Oh Hello!!! Kalau kau bawa kereta pecut sampai 200km/jam nak lawan dengan aku yang lintas jalan 5km/jam pun belum tentu...

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Ermmm... Nak beralih angin ke Alfa Romeo pula la.... Hahahaha... [Siapa tahu angkat tangan...]

February 24, 2011

... what? posting?? ...

Masuk office x tahu nak buat apa. Coz semalam dah settlekan semua kerja yang bertimbun atas meja. Huhuhu... Penat tangan ni duk menulis and menaip. Kalau rajin sangat pun susah juga nanti. Dan tatkala bercakap pasal rajin sangat ni la yang aku cuak, gementar, takut and semuanya la. Ngeee~
Last week, aku dapat call dari my colleague kat regional office. Dalam busy-busy and cuti-cuti aku angkat la juga. [Gigih ni berlari-lari anak capai telefon yang kat mana entah aku letak.]

Mula-mula memang borak-borak kosong and bertanya khabar saja la. Biasa la mukadimah. Lepas tu baru la masuk part yang paling utama and most important. Ayat yang tersembur dari mulut dia at that time memang bagai halilintar memanah aku... Oh tidak!!!
"Kalau aku nak posting kau ke regional office kat Kuantan kau nak x???"
Tu dia, ayat yang membuatkan aku hilang suara nak berkata-kata. Erk??? Posting ke regional office? Memang sah-sah aku x nak posting ke sana. X NAK!!! Sama sekali tidak... Someone please save me!

Confirm aku rindukan dia orang ni semua kalau posting... Geng2 bujang...

Bukan apa, aku memang dah selesa kat branch sini. Kawan-kawan kat sini pula 1 kepala dengan aku. Seronok kalau nak lepak-lepak and hang-out sama-sama. And semuanya bujang-bujang. So, xde la commitment dengan family ke what so ever kan? Yang kat regional pula ramai yang dah berfamily. So, agak terbatas la. Huhuhu...

But the most important thing is mana la aku nak cari rumah dalam masa terdekat ni kan? Orang kat regional office cakap kalau boleh masuk awal bulan March ni. How? Tinggal berapa hari saja lagi kan? Celah mana aku nak survey rumah bagai? Kalau dah kerja menggunung kat branch ni. Adui... [Padahal duk goyang kaki sambil main FB kat sini... Pitam...]

Kalau boleh nak la juga rumah macam ni. Ada swimming pool. Dinding pun kaca...

And the most most important thing is aku x nak duduk dekat dengan boss-boss. Nanti semua kerja x betul. Ini salah. Itu salah. Kang ada yang aku suruh buat kerja sendiri kan. Macam tahun lepas, tension sangat sampai termaki boss sendiri. [Kau berani 'ter'maki boss sendiri?] Nampak lenggang sikit bantai bagi kerja lagi. Huhuhu...

Macam ni la keadaan kalau berdekatan dengan boss... Kau hanya mampu menjeling sajork!!!

Dan dengan itu, aku cakap la yang aku akan fikirkan dahulu posting ke regional office tu.

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note :  Aku memang x nak posting ke regional office. Jangan dipaksa orang yang x mahu...

February 22, 2011

... isnin yang monday ...

Mati la x tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ni. Ini yang terlintas dalam otak buat masa sekarang. [Pengsan!].

Kisahnya bermula tatkala aku terlewat bangun tido pagi tadi. Sedar-sedar dah pukul 7.00 pagi. [Semalam beria-ria pujuk mata suruh tido awal] Uwaaa... I hate Monday actually!

Kemas katil and terus jenguk Mizz Bella. Dah mengiow-ngiow dia dalam sangkar. Makanannya dah habis rupanya. Tuang makanannya [Ions, Premium and Whiskers] dalam bekas tapi x juga nak melahap makanan tu. Tension aku. Last-last aku biarkan bodoh saja. Terus pergi buat breakfast. Paling simple. Vegetable Scramble Eggs. Campak kobis, carrot, tomato, bawang and krismis. Dah siap. Ngeee~

Tadaaa... Dah siap Veggy Scrambles Eggs...

Kemudian, buka almari baju nak tilik-tilik baju mana yang pakai hari ni. Ermmm...  Setelah 3 4 helai baju yang cuba di suai padankan, akhirnya T-Shirt Polo santai la pergi office hari ni. Alamak!!! Berkedut la pula. Gosok la kejap. Huhuhu... Terus pergi iron baju. Dah jenis aku, selagi baju ada kedut-kedut terus aku iron sampai licin. Lalala...

Time untuk mandi pula. Masuk saja bathroom, terus tilik muka kat cermin. Aisehmen... Misai and janggut lupa pula nak shave. Macam mana ni. Nak x nak aku shave juga kejap. Aku ni pula bukan jenis yang berbulu. [Mati la kurang hormon.] Tumbuh misai and janggut pun lite-lite and jarang-jarang. [Pitam.] Aku teringin la juga nak ada jambang and misai macam lelaki lain. Macho tu babe... <--- Aku cite lain entry. Ngeee~

Terus bersiap-siap pakai baju. Kalau dah pakai baju confirm la pakai seluarkan. Setakat ni x ada lagi aku pergi kerja lupa pakai seluar. Blow the hair bagi kering and nanti senang nak style kan dia. Huhuhu... Dengan rambut yang x ada rupa, terus bersantap. Main telan saja. Masuk. Telan. Masuk Telan. X sampai 3minit dah licin. Lalala... [Tercekik...]

Sampai kat office pun still rambut x siap-siap... How???

Dari siap mandi kul 7 lebih sampai la 8.45 aku x siap-siap lagi. Memang cerewet kan? Alih-alih, aku decide touch-up touch-up semua bagai dalam kereta. Lalala...

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan actually... I HATE Monday!!! Ngeee~ [Koma 4 minggu]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : I think that I need maid la kat rumah ni... Boleh??? Siapa nak?

February 20, 2011

... terimalah padahnya ...

Tu dia tajuk entry kali ni. Very the straight forward sangat kan??? [Pitam...]

Al-kisahnya, petang tadi x tahu nak buat apa kat rumah ni. So, ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir dalam rumah ni, aku terpandang la pada sesikat pisang yang x habis aku buat pisang goreng 2 hari lepas. [Ngidam nak makan pisang goreng buatan sendiri tapi pakai tepung yang beli kat kedai. Lalala... Larikkk...]

So, terpikir la nak buat cenkodok pisang buatan sendiri pula kan??? Ngeee~ Punya la malas nak lenyek pisang tu, aku pergi blend saja pisang tu dengan blender. Senang kan? Hahaha... Tengah-tengah gaul nak sebatikan pisang tu, aku pergi la ambik air sejuk dalam peti ais. Bukan apa, cuaca kat sini tetiba cam panas. [Motif??? Banyak dosa kot!] Dah tahu bila buka penutup botol tu, terus la tutup balik kan?

Aku la DIVA dalam rumah ni... Kau siapa???

Out of no where, datang pula Mizz Bella. Kaedahnya nak menolong aku kat dapur ni. [Kau mampu???] Aku pun apa lagi, sergah la dia. Dia punya terkejut, terus langgar botol air tadi. Apa lagi, tumpah la air dalam pisang lenyek aku. OMG!!! Macam mana aku nak buat ni. Hancusss cenkodok aku. Last-last, buat la juga. Buat seperti x ada apa-apa yang berlaku. Ngeee~

So, the result turn of like this. Still enak untuk di makan. Tapi... Uwaaa... [Kau orang jangan gelak taw...]

Dah macam lempeng pisang pun ada dah aku tengok...

Kalau la My Drama Queen a.k.a My Mom a.k.a MDQ tengok cenkodok pisang aku ni. Mahunya dia hantuk kepala kat dinding rumah. Paling kurang pun dia bantai gelak sambil guling-guling atas lantai dapur sehingga berair mata...

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao... 

February 18, 2011

... watch out and be careful ...

Ayooo... Lamanya aku x update blog ni. Huhuhu... Busy buat header untuk Cik Abg Payedd... Ngeee~

Surf saja internet, terus masuk blog-blog yang wajib kunjung. After that baru la boleh update blog kan? Kalau Cik Abg Payedd tengah meroyan kat blog dia pasal Hari Jumaat yang mulia ni, aku pun nak meroyan tahap dewa juga kat blog ni. Memang sakit hati sangat la. Tapi sabar...

Marah-marah tetap nak nampak kiut kan???

Tengok tajuk entry pun dah tahu kenapa kan??? Aku just nak pesan kat kengkawan out there yang maybe lepas ni pula jadi mangsa keadaan macam aku ni. Sebab aku dah kena and aku x nak la kengkawan aku pula yang kena macam aku ni.

Pukul 10pagi tadi My Drama King a.k.a My Dad a.k.a MDK called. Ingatkan apa la kan tetiba saja MDK called. Kalau x bende yang penting MDK x kan called punya. Bila angkat saja, terus dia bagitahu. Tadi ada orang dari KL called dia. [Sebab no phone yang naik kat screen phone no area KL]

The person yang called tu dari apa entah. Hong Leong kot. [Mati la x dengar. X korek telinga. Ngeee~] Guess what, dia tanya la MDK ada pakai card tuttt tuttt x? [Sorry.... Name of the card kena censored kan. Lalala... ] So, my MDK cakap la ada pakai. Then, dia cakap MDK ni kira lucky la sebab sebagai card tuttt tuttt holder, dia boleh dapat tawaran yang istimewa. Just perlu bayar RM berapa entah, MDK layak menerima tawaran yang istimewa tu. [Motif???] Segala agreement akan diposkan setelah MDK berkenan and berminat nak ambik tawaran istimewa tu.

Talk to my hand... LIAR!!!

And fortunately la MDK called aku pagi tadi. Apa yang aku nak cakapkan di sini, semuanya tu TIPU!!! I repeat TIPU!!! Sebab apa nak tahu? Card tuttt tuttt yang pada MDK tu hanya la card supplementary sahaja. And I am the main cardholder here. Aku minta keluarkan 1 card supplementary untuk bagi kata MDK. Segala information regarding the card x ada kena mengena dengan MDK. How come, aku x dapat call dari orang yang called MDK tu. Memang aku hangin satu badan bila dengar MDK bagitahu aku macam tu. Yang kena tanggung nanti aku pula. Bangsat punya orang. X padan perempuan. Pun kerja nak menipu!

Aku cakap la kat MDK kalau that bitch called dia balik, mintak mobile nombor dia and nama dia sekali berserta jawatan dia kat dalam company tu. Aku akan call perempuan tu personally. Memang nak kena! And kau orang nak tahu? Perempuan tu called aku. Tapi aku x angkat sebab dia called pakai no office. So, nanti x boleh nak trace. Don't expect semua orang BODOH!!!

So, kengkawan di luar sana. Watch out and be careful!!! Dunia sekarang banyak penipu. Harap muka baik... Tapi perangai mengalahkan ibu segala setan dan iblis.

~A tout a l'heure...
~A revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Dunia sekarang pun menjadi punca berlaku banyak penipuan. Khususnya akan terjadi kepada golongan yang veteran + lurus bendul + buta huruf... Sanggup dia orang menipu erk???

February 10, 2011

... recipe's studio 02 ...

Kali ni aku post resepi paling simple punyer la. Tapi ala western sikit. Kalu sesiapa yang rasa malas sangat nak masak tu, cuba la try resepi ni. Senang and mudah. Bebudak bujang di luar sana. Cuba try test buat. X kan asyik makan maggi saja kan?

Resepi : Spicy Fried Elbows


Bahan-bahan :-

Elbows [Sejenis makanan dari kategori Spaghetti].

100 gm Ayam. [Suka hati kau orang la nak ganti pakai apa pun].

3 ulas Bawang Putih. [Diketuk]

1 tangkai Cili Kering. [Dipotong kecil]

Daun Basil.

Lobak Merah.

Air.

Minyak Masak.

Garam.

Cara Membuatnya :-

1. Elbows direbus dengan Air dan Garam secukup rasa sehingga masak. [Nak tahu masak or x. Just picit. Kalau putus tu dah masak la].

2. Ayam dibersihkan dan dipotong dadu.

3. Panaskan minyak. Goreng Bawang Putih sehingga naik bau.

4. Masukkan Cili Kering, Daun Basil, Lobak Merah dan Ayam. Goreng lagi sehingga naik bau juga.

5. Masukkan Elbows yang telah dimasak tadi dengan sedikit air rebusan. Goreng sehingga kering. Siap dihidangkan.


[Hidangan 2-3 orang]

Nota : Masa untuk Elbows masak dari 30minit hingga 45minit. Tengok keadaan api.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

... tak faham aku ...

Tengah syok-syok aku update blog ni, berdeting bunyi chatting kat Facebook aku. Tengok-tengok kawan 1course dengan aku dulu time diploma masa kat Uni. Tanpa salam [as usual] terus redah tanya aku. Katanya bila aku nak post buku yang dia minta tu? Nak guna. Aku jawab la balik dengan eloknya. Aku cakap aku busy sekarang ni. Jarang masuk office. Lagipun sekarang banyk kerja luar. Ye la kan. Namanya pun kerja Marketing. X ada maknanya kalau terperak dalam office saja.

Ni la rupa buku tu... Strategi Berjaya di Kampus...

Actually, buku tu bukan dia nak guna pun. Dia nak bagi kat kawan pempuan mana entah. Biasa la kan. Lelaki. Nak tunjuk baik la kalau nak tackle anak dara orang. Kalau x kena reject pula kang. The besh part is dia siap bagi address pempuan tu suruh aku postkan. Suruh post express katanya. [Demanding sangat kan?]

Pada mulanya memang aku nak postkan buku tu. Bukan apa, ilmu ni kena kongsi-kongsi. Lagipun buku tu aku dapat free dari lecturer aku dulu. Xsilap dia bagi 3buah buku yang sama. Nak buat macam mana. Orang yang baik dengan lecturer and selalu lepak dalam bilik lecturer. [Perghhh!!! Puji diri sendiri. X malu kan???] Tapi, lepas saja aku dapat SMS dari dia, terus reluctant sangat nak postkan.

Entah la. Dari ayat SMS dia tu membuatkan aku rasa macam melampau sangat la. Kalau dah nama nak minta tolong tapi buat macam aku ni orang suruhan kau pula. Cara x kena la bro. Came on la. Kau orang Trg, x kan x ada adat langsung. Please la
"Mu pos la cepat skit. Member tanye sbb die nk pakai buku 2. Urgent..."
Langsung x consider diri aku yang bekerja ni. Dah la kekadang hujung minggu pun kerja. Aku dah jadi macam malas nak postkan even aku masuk office pun. Aku dah jadi muak dengan orang yang nampak saja muka baik. Tapi hakikatnya...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

... the year of rabbit ...

Well, kita baru sahaja menyambut Chinese New Year last weak kan? Tapi kau orang semua perasan x yang tahun ni x semeriah mana pun sambutan Chinese New Year. Sekadar bersederhana sahaja. Mengikut seruan Perdana Menteri kita, biarlah bersederhana menyambut perayaan. Ngeee~


Mengikut Calendar Cina, Tahun 2011 ni adalah Tahun Arnab... Ermmm... Nak cerita sikit la tentang Tahun Arnab ni. [Who's born in this year??? Angkat kaki... Lalala...]

Sesiapa yang lahir pada Tahun Arnab ni, dia ada character tersendiri. Antaranya, wise, fragile, considerate, fashionable and kind. Kebiasaannya, lebih bersikap tenang dan x mempamerkan sikap aggressive dan akan avoid confrontation. Selain tu, orang yang lahir pada Tahun Arnab ni juga, lebih pay attention dengan apa dia buat.

Arnab ni adalah simbol untuk mercy, elegance and worship of beauty. So, orang yang lahir pada Tahun Arnab ni juga dia lebih penyayang and baik hati. Lebih sensitive and allergic. Ermmm... Lagi satu, Arnab ni juga adalah simbol kepada bulan... Kepercayaan Cina kan lebih kepasa Yin and Yang. Kiranya Arnab ni adalah Yin.

Kalau kau orang rasa nak tahu lebih lanjut, tekan sahaja link kat sini [year of rabbit] and baca la segala apa yang tertulis dalam tu. But, jangan la terlampau obsess pula. Malas pula nak tulis panjang-panjang. [Pemalas betul kan aku ni???]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Baca apa yang tertulis pasal Tahun Arnab ni, buatkan aku tersengih seorang diri... [Gilakah aku???]

February 9, 2011

... tekanan atau gila? ...

Actually nak buat this entry time cuti Chinese New Year baru-baru ni. Tapi... [Nak juga tapi kan???] Busy memanjang saja... Merewang x tentu pasal... Lalala... Ermmm... Next entry aku cerita pasal Chinese New Year. Just nak share saja and menceriakan suasana Hari Raya kaedahnya.

Before cuti Chinese New Year, suasana office agak riuh rendah juga la sebabnya ada 'orang gila' ang bertandang... Mengikut wartawan yang xbertauliah kat office tu, katanya 'orang gila' ni dah dtg time aku keluar lunch, pergi bank and also pergi complaint pasal cop salah buat. [Suka sgt nak suruh mulut aku membebel x tentu pasal... Adui...]. Pastu dia datang balik time aku dah masuk office balik.

Tekanan... Tekanan... Tekanan... Arghhh... Memang gila kan?

Gila... Apabila seseorang mendapat tekanan yang melampau dan dia sendiri tidak dapat mengatasi masalah itu, kemungkinan dia untuk menjadi gila amat mudah. Tapi gila ni aku rasa berperingkat. Kalau tidak mendapat rawatan pada awalnya, makin bertambah teruk la. [Pendapat aku sahaja la. Sebab google x dapat apa yang aku cari... Kau orang try la pula google erk]

Dari apa yang aku perhatikan pasal 'orang gila' ni, seriously cakap yang dia memang nampak gila. Dari cara dia merapu raban. Merepek-repek buat kerepek. Melalut itu. Melalut ini.

BUT...

Aku teramat la musykil tatkala aku perhatikan dengan betul-betul. [Pandangan dari sudut hati... Ngeee~]. 'Orang gila' ni pakai Nokia N8. Aku ulangi, dia pakai Nokia N8 okay... Kau ado??? So, aku dah start rasa pelik and ingin tahu lagi. Tapi x mampu buat apa-apa sebab aku x terlibat secara langsung dalam skesta drama dia orang ni.

Nokia N8... Rasanya baru lagi kot dalam pasaran Malaysia ni...

So, lepas saja my colleague duk layan, 'orang gila' ni blah dengan x pakai kasut. [Office aku memang kena cabut kasut kalu nak masuk... Pelik kan?]. What? So, lagi terpinga-pinga la kita orang semua. 'Orang gila' tu betul-betul gila atau buat-buat gila? Kata my colleague, 'orang gila' ni mungkin tekanan. Sebab tu nampak macam gila.

Kesnya, dia nampak report polis yang 'orang gila' ni buat dalam file yang dibawa bersama. Isterinya [sekarang dah jadik ex] minta cerai dengan 'orang gila' ni.  Dah la minta cerai. Kena saman pula dengan isterinya dengan jumlah ratus ribu ringgit juga la. Minta separatekan syarikat. 50% bekas isterinya, 50% lagi dia la. Lepas tu, kereta dia pula kena curi kat area KL. Prosiding di makhamah akan berlangsung x lama saja lagi. So, 'orang gila' ni nak cari something yang valuable untuk bagi kat bekas isterinya time jumpa kat makhamah nanti. So sweet kan??

Sudahnya bercerai berai... Ermmm... No komen...

Just ada 2 options maybe. Pertama, 'orang gila' ni ada skandal lain, then bekas isterinya dapat tahu and mintak cerai. Kedua, bekas isterinya ada skandal lain, then 'orang gila' ni dapat tahu and sebab bekas isterinya lagi CINTA akan skandalnya minta cerai. Kau orang rasa mana satu option yang suitable. Fikir-fikiran dan renung-renungkan.

Bagi aku, 'orang gila' ni masih sayangkan bekas isterinya. So, thats why la dia nak cari sesuatu buat bekas isterinya itu. Kesian pula aku tengok 'orang gila' tu. Nak salahkan dia aku x tahu. Nak salahkan bekas isterinya lagi aku x tahu.

Hanya aku dapat tolong, doakan kesejahteraan 'orang gila' ni. Maybe ni dugaan yang Tuhan bagi untuk dia. Moga dia tabah menghadapi dugaan ini... Amin...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Tuhan bagi dugaan untuk setiap manusia ni berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Moga dugaan yang mendatang aku hadapi dengan tabah. Kuatkan semangat aku.

... recipe's studio 01 ...

Ermmm...

Dari dulu-dulu lagi aku ingat nak buat satu slot khas untuk resepi-resepi sahaja... Tapi asyik tertangguh je. Ye la. Kalau dah asyik merewang sana. Merewang sini... Mana nak ada masa kan? Merewang kalau ada tujuan x apa. Ni x. X ada hala tuju dan pendirian langsung... [Mati la... Maki diri sendiri. Kalau nak merewang pendirian kena ada erk? Ngeee~]

So, this is it. Finally... Aku kuatkan semangat nak buat slot ni. So, the title aku letak is "Recipe's Studio" [Motif? Nk buat slot pun kena ada semangat kan?]

For the 1st recipe yang akan mengisi slot ni adalah Singgam Asam Pedas. Ada juga sesetangah panggil Asam Pedas sahaja..

Resepi : Singgam Asam Pedas


Bahan-bahan :-

Ikan [Yang besh buat asam pedas ni biasanya Kembong, Selar Kuning dan Pari].

5 ulas Bawang Merah.

3 ulas Bawang Putih.

2 cm Halia.

2 cm Lengkuas.

1 cm Kunyit.

Sedikit Serai.

3 sudu besar Cili Kisar [Kalau sesiapa suka pedas boleh lebihkan].

Bendi [Untuk memekatkan kuah asam pedas].

Terung Panjang [Untuk memekatkan kuah asam pedas].

Tomato [Untuk meneutralkan rasa masam air asam jawa].

Daun Kesum.

Bunga Kantan. [Dibelah 4]

1/2 gelas Air Asam Jawa.

5 gelas Air.

Minyak Masak.

Gula dan Garam secukupnya.

Cara Membuatnya :-

1. Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa sendiri.

2. Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Kunyit dan Serai dikisar.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan Cili Kisar sehingga naik bau.

4. Masukkan Air Asam Jawa dan Air biasa. Masukkan Bendi dan Terung.

5. Setelah mendidih dan kuahnya agak sedikit pekat, kecilkan api dan masukkan Ikan yang telah dibersihkan tadi, Gula dan Garam secukup rasa.

6. Apabila ikan sudah masak, masukkan Daun Kesum dan Bunga Kantan. Siap dihidangkan.


[Hidangan 2 - 3 orang]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

January 31, 2011

... here, now and beyond ... [part 2]

NOW,

Go ahead just leave
Can't hold you, you're free
You take all these things
If they mean so much to you
I give you your dreams
Cause you meant the world
So did I deserve
To be left and hurt?

You think I don't know
You're out of control
And then I'm finding all of this from my boys
Girl, you're stone cold
You say it ain't so
You already know that I'm not attached to material

I'll give it all up, but I'm taking back my love
I'm taking back my love, I'm taking back my love
I've given you too much, but I'm taking back my love
I'm taking back my love, my love, my love, my love
My love

Bait-bait lagu ini yang mana pernah aku buatkan sebagai ringtones suatu tika dulu, memang betul-betul mengajar aku menongkah arus kehidupan duniawi sekarang ini.

Aku dah penat mengapai pelangi cinta yang hanya cuma datang sebagai coretan khayalan di mata yang buta ini. Berkali aku tersandung kaki mengejar sesusuk tubuhmu yang berlalu meninggalkan diriku tanpa sedikit pun menoleh. Berkali juga aku bingkas bangun menggagahi diriku walaupun teruk luka berdarah. Akhirnya aku tersedar, itu cuma bayang-bayang dan ilusi yang dicipta untuk mengalpakan aku. Bodohnya diriku ini...

Nasib baik sebelah saja  yang pecah... Hehehe...

-sigh-

Memang aku penat sangat-sangat dengan mainan kehidupan ini. Tapi nak buat macam mana, hari yang mendatang aku kena tempuhi juga kan? Suka atau x suka, memang dah menjadi tetapan. [Mati la feeling sesangat malam ni. Langsung xdapat tidur and terus update blog... Boleh???]

I really love my life right now. X terikat dengan sesiapa pun. Free!... But aku akui, kesunyian dalam hidup tetap ada even aku ternampak ceria and happy selalu. Merindui saat-saat di kala ada orang call or msg bertanyakan "Dah makan ke belum","Tengah buat apa?","Drive careful","Take care"... Rindu sangat-sangat... [Nangis... Huhuhu...]

Love my life right now... Sesiapa nak aku sharekan gumbira aku ni?

Bukan takut nak bercinta lagi. Tapi takut dikecewakan lagi. Semuanya pandang pada rupa and material. Susah nak jumpa yang pandang tepat terus pada pintu hati. Ermmm... Kalau la ada... Even jumpa yang menarik pandangan mata sekali pun, tetap hati cakap takut dikecewakan. Adui...

Aku dulu dengan aku sekarang memang sangat-sangat jauh berbeza. Sekarang aku more to my life. Suka dengan cara life aku sekarang. I can get anything that I want. With my own money. X perlu nak pinjam-pinjam dengan ceti-ceti yang x bertauliah. Sedikit sebanyak aku tahu macam mana susahnya nak dapatkan duit.
Sekarang segalanya duit... X ada duit x dapat hidup...

X perlu juga nak berlagak high class kalau diri setakat pinjam duit. Hutang keliling pinggang. Credit Card xmampu nak bayar. Jenis asal ada credit card swipe sahaja kat mana-mana. [Makan KFC, snack plate pun nak pakai credit card. Nk tunjuk depan aku kononnya dia ada credit card. Manusia...] Aku memang x ada sekeping pun credit card. Debit card berlambak la. Ngeee~

Jenis aku, kalau ada duit, nak makan best-best or even teringin nak makan Tony Roma's, TGI Friday, Victoria Station or what ever la kan... Aku akan pergi. X perlu la kalau x ada duit pun still nak makan kat Concorde... [Kan payedd kan??? Pitam...]

Jom... Nak belanja makan Tony Roma's kat Pavilion...

Tempat-tempat mana aku teringin nak pergi aku boleh pergi. X perlu nak susahkan orang lain. Berseronok sendirian pun x apa. X kesah. X perlu la nak tanggung orang lain yang belum tentu jadi hak kita. Time ada duit nampak la batang hidung. Time dah papa, call pun masuk voicemail. Kan???

X sabarnya bulan 3 ni... Nak bercuti... Teringat berfoya-foya dengan kengkawan kat Genting.

Seriusly aku cakap. Dulu aku terasa macam sugardad pun ada kot. Tanggung orang yang xpasti. Nak itu. Nak ini. nak itu. Nak ini. Penampar x nak??? Ngeee~ Ermmm... What past is past. Sometimes kita perla juga tengok past kita, maybe ada pengajaran kan?

Kasut x ori x nak okay??? Semua nak branded... Lepas tu lesap...

Lupa pula nak mention, kawan-kawan yang ada pun boleh gembirakan hari kita actually. Keluar makan. Chit-chat. Shopping-shopping. Makan angin. For those yang hangat bercinta, jangan la pula sisihkan kawan-kawan. Sebelum ni, dia orang la juga yang selalu temani kita... Huhuhu...

Ermmm... Penat dah menaip. Entah masuk topic mana entah la.... Lagi lama aku menaip, lagi banyak benda pula aku melalut nanti... Ngeee~

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : Ada sesiapa nak couple dengan aku? Ada kosong ni. Lalala... Ngeee~

January 30, 2011

... junior masterchef ...


Aku pun x tahu la macam mana aku boleh tertengok channel junior masterchef ni kat astro baru-baru ni. Maybe tengah kebosanan tahap melampau kot. [Ngeee~]

Memang aku terkejut sangat-sangat. Sebab yang cooking the beautiful dishes tu kanak-kanak lagi. Malu  siot aku. Ye la. Kecil-kecil lagi dah pandai masak dah. Even budak lelaki pun. Memang delicious aku tengok makanan yang dia orang buat tu. Terliut pula aku.

X keruan aku tengok masakan seorang budak yang buat benda ni.... Kau mampu?
Aku x tahu la budak-budak di Malaysia kini macam mana. Sama macam dia orang or not. Tapi zaman aku kecil-kecil dulu selalu kena kutuk tolong mak aku masak kat dapur. Katanya orang jantan x main la duduk dapur. But, aku x hiraukan pun semua tu. Buktinya sekarang, even berjauhan dari family aku, aku tetap boleh makan makanan yang aku suka makan. Maybe orang boleh cakap, ala kedai kan banyak... Yes! Aku akui sangat-sangat. Cakap saja apa yang nak makan. Order sahaja. Senang kan?

But not for me. Makanan yang dimasak sendiri rasa lain dari makanan yang order di kedai makan. [Aku pun x tahu naj describe macam mana... Ngeee~] Contohnya, time puasa hari tu, aku teringin sangat nak makan Nasi Minyak. [Motif ngidam... Ngandungkah?] Tapi susah nak cari yang memenuhi kehendak aku. And luckily, mak aku ajar aku masak nasi minyak. Even aku buat bawa office pun licin dia orang bedal. Siap suruh buat lagi.. Huhuhu.. [Bak duit aku beli daging and ayam... Lalala...]

So this time datang pula idea gila aku. Nak buat sushi. Gigih ni duduk surf internet nak cari bahan-bahan nak buat sushi. Tip untuk sesiapa nak cuba resepi or masakan. Jangan salin bahan-bahan dia saja. Tapi baca sekali cara-cara dia. Then, kalau boleh cari resepi or masakan dari website lain-lain. Comparekan dia. Nak tahu kenapa? Nanti aku bagi tahu. Baca lagi. Ngeee~

Semalam terus pecut pergi Supermarket nak cari bahan-bahan ni semua. Nak gila rasanya mencari. Lagi satu, biasanya resepi sekarang banyak dalam English. So, kalau boleh cari maksud dalam Malay. Senang nak tanya staff kat Supermarket tu. [Tetiba kau tanya seaweed paper ada x? Silap hari bulan dia tanya kau balik. Apa kejadahnya menatang tu? Hehehehe...]

One more thing, kau orang kena la kreatif. Jangan la ikut 100% resepi tu. Kalau suruh letak racun kau orang pun ikut sama... For me, just cari bahan asas. So, ni barang asas yang aku duk meraban cari satu Supermarket tadi.

Yang packet kecil dalam RM10 saja...
See... Kecil kan saiznya...

Beras sushi. Beras ni memang khas untuk buat sushi. Sebab beras ni melekit-lekit. Macam aku, aku beli yang tertera Calrose Rice. Khas untuk sushi. Lagipun beras ni lagi kecil dari beras biasa yang kita makan hari-hari. Tengok pic atas ok?

Digunakan setelah nasi sushi masak...

Sushi Vinegar or Rice Vinegar. Yang aku cakap comparekan resepi tu, kat sini la aku nak bagitahu. Kalau kau orang beli sushi vinegar, kau orang x perlu nak baiki dah. Terus masuk saja dalam beras nanti. Kalau beli rice vinegar, kau orang kena masak dulu dengan gula and air. Faham? That's why kena banyak survey... Lalala...

Benda alah ni bau dia hanyir sikit...

Seaweed Paper. Kalau dalam Malay, kertas rumpai laut. [Mati la tetiba jadi cikgu.] Benda alah ni la yang aku susah nak cari. Semua staff aku tanya. Semua jawab x pernah dengar. Aku seorang saja ke makan sushi???

My favorite makanan... Unagi...

Yang bahan-bahan or intipati yang lain, kau orang bantai la sendiri. Kreativiti masing-masing. Contohnya, belut boleh ganti dengan ikan keli. Boleh letak crabstick, carrot, mentimun, telur and so on la. Buka saja YouTube search sendiri ya... Zaman dah maju. Selamat mencuba! [Blog ni da jadi blog resepi... How?]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : Practice makes perfect. Jangan la buat sekali x jadi terus x nak buat dah. Dulu aku selalu buat x jadi juga. Tapi gigih juga buat sampai terlingkup dapur rumah aku kerjakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...