January 30, 2011

... junior masterchef ...


Aku pun x tahu la macam mana aku boleh tertengok channel junior masterchef ni kat astro baru-baru ni. Maybe tengah kebosanan tahap melampau kot. [Ngeee~]

Memang aku terkejut sangat-sangat. Sebab yang cooking the beautiful dishes tu kanak-kanak lagi. Malu  siot aku. Ye la. Kecil-kecil lagi dah pandai masak dah. Even budak lelaki pun. Memang delicious aku tengok makanan yang dia orang buat tu. Terliut pula aku.

X keruan aku tengok masakan seorang budak yang buat benda ni.... Kau mampu?
Aku x tahu la budak-budak di Malaysia kini macam mana. Sama macam dia orang or not. Tapi zaman aku kecil-kecil dulu selalu kena kutuk tolong mak aku masak kat dapur. Katanya orang jantan x main la duduk dapur. But, aku x hiraukan pun semua tu. Buktinya sekarang, even berjauhan dari family aku, aku tetap boleh makan makanan yang aku suka makan. Maybe orang boleh cakap, ala kedai kan banyak... Yes! Aku akui sangat-sangat. Cakap saja apa yang nak makan. Order sahaja. Senang kan?

But not for me. Makanan yang dimasak sendiri rasa lain dari makanan yang order di kedai makan. [Aku pun x tahu naj describe macam mana... Ngeee~] Contohnya, time puasa hari tu, aku teringin sangat nak makan Nasi Minyak. [Motif ngidam... Ngandungkah?] Tapi susah nak cari yang memenuhi kehendak aku. And luckily, mak aku ajar aku masak nasi minyak. Even aku buat bawa office pun licin dia orang bedal. Siap suruh buat lagi.. Huhuhu.. [Bak duit aku beli daging and ayam... Lalala...]

So this time datang pula idea gila aku. Nak buat sushi. Gigih ni duduk surf internet nak cari bahan-bahan nak buat sushi. Tip untuk sesiapa nak cuba resepi or masakan. Jangan salin bahan-bahan dia saja. Tapi baca sekali cara-cara dia. Then, kalau boleh cari resepi or masakan dari website lain-lain. Comparekan dia. Nak tahu kenapa? Nanti aku bagi tahu. Baca lagi. Ngeee~

Semalam terus pecut pergi Supermarket nak cari bahan-bahan ni semua. Nak gila rasanya mencari. Lagi satu, biasanya resepi sekarang banyak dalam English. So, kalau boleh cari maksud dalam Malay. Senang nak tanya staff kat Supermarket tu. [Tetiba kau tanya seaweed paper ada x? Silap hari bulan dia tanya kau balik. Apa kejadahnya menatang tu? Hehehehe...]

One more thing, kau orang kena la kreatif. Jangan la ikut 100% resepi tu. Kalau suruh letak racun kau orang pun ikut sama... For me, just cari bahan asas. So, ni barang asas yang aku duk meraban cari satu Supermarket tadi.

Yang packet kecil dalam RM10 saja...
See... Kecil kan saiznya...

Beras sushi. Beras ni memang khas untuk buat sushi. Sebab beras ni melekit-lekit. Macam aku, aku beli yang tertera Calrose Rice. Khas untuk sushi. Lagipun beras ni lagi kecil dari beras biasa yang kita makan hari-hari. Tengok pic atas ok?

Digunakan setelah nasi sushi masak...

Sushi Vinegar or Rice Vinegar. Yang aku cakap comparekan resepi tu, kat sini la aku nak bagitahu. Kalau kau orang beli sushi vinegar, kau orang x perlu nak baiki dah. Terus masuk saja dalam beras nanti. Kalau beli rice vinegar, kau orang kena masak dulu dengan gula and air. Faham? That's why kena banyak survey... Lalala...

Benda alah ni bau dia hanyir sikit...

Seaweed Paper. Kalau dalam Malay, kertas rumpai laut. [Mati la tetiba jadi cikgu.] Benda alah ni la yang aku susah nak cari. Semua staff aku tanya. Semua jawab x pernah dengar. Aku seorang saja ke makan sushi???

My favorite makanan... Unagi...

Yang bahan-bahan or intipati yang lain, kau orang bantai la sendiri. Kreativiti masing-masing. Contohnya, belut boleh ganti dengan ikan keli. Boleh letak crabstick, carrot, mentimun, telur and so on la. Buka saja YouTube search sendiri ya... Zaman dah maju. Selamat mencuba! [Blog ni da jadi blog resepi... How?]

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Notes : Practice makes perfect. Jangan la buat sekali x jadi terus x nak buat dah. Dulu aku selalu buat x jadi juga. Tapi gigih juga buat sampai terlingkup dapur rumah aku kerjakan...

3 comments:

~oH.ha.xiE~ said...

nk rasa............!!!

Bakry said...

Azie>>

Hehehe... Rasanya xsama dengan Sushi King or mana2 kedai sushi yg kowg penah pg la...

~oH.ha.xiE~ said...

xpernah g mkn kt sushi king. halal ker? mushkil...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...