February 24, 2011

... what? posting?? ...

Masuk office x tahu nak buat apa. Coz semalam dah settlekan semua kerja yang bertimbun atas meja. Huhuhu... Penat tangan ni duk menulis and menaip. Kalau rajin sangat pun susah juga nanti. Dan tatkala bercakap pasal rajin sangat ni la yang aku cuak, gementar, takut and semuanya la. Ngeee~
Last week, aku dapat call dari my colleague kat regional office. Dalam busy-busy and cuti-cuti aku angkat la juga. [Gigih ni berlari-lari anak capai telefon yang kat mana entah aku letak.]

Mula-mula memang borak-borak kosong and bertanya khabar saja la. Biasa la mukadimah. Lepas tu baru la masuk part yang paling utama and most important. Ayat yang tersembur dari mulut dia at that time memang bagai halilintar memanah aku... Oh tidak!!!
"Kalau aku nak posting kau ke regional office kat Kuantan kau nak x???"
Tu dia, ayat yang membuatkan aku hilang suara nak berkata-kata. Erk??? Posting ke regional office? Memang sah-sah aku x nak posting ke sana. X NAK!!! Sama sekali tidak... Someone please save me!

Confirm aku rindukan dia orang ni semua kalau posting... Geng2 bujang...

Bukan apa, aku memang dah selesa kat branch sini. Kawan-kawan kat sini pula 1 kepala dengan aku. Seronok kalau nak lepak-lepak and hang-out sama-sama. And semuanya bujang-bujang. So, xde la commitment dengan family ke what so ever kan? Yang kat regional pula ramai yang dah berfamily. So, agak terbatas la. Huhuhu...

But the most important thing is mana la aku nak cari rumah dalam masa terdekat ni kan? Orang kat regional office cakap kalau boleh masuk awal bulan March ni. How? Tinggal berapa hari saja lagi kan? Celah mana aku nak survey rumah bagai? Kalau dah kerja menggunung kat branch ni. Adui... [Padahal duk goyang kaki sambil main FB kat sini... Pitam...]

Kalau boleh nak la juga rumah macam ni. Ada swimming pool. Dinding pun kaca...

And the most most important thing is aku x nak duduk dekat dengan boss-boss. Nanti semua kerja x betul. Ini salah. Itu salah. Kang ada yang aku suruh buat kerja sendiri kan. Macam tahun lepas, tension sangat sampai termaki boss sendiri. [Kau berani 'ter'maki boss sendiri?] Nampak lenggang sikit bantai bagi kerja lagi. Huhuhu...

Macam ni la keadaan kalau berdekatan dengan boss... Kau hanya mampu menjeling sajork!!!

Dan dengan itu, aku cakap la yang aku akan fikirkan dahulu posting ke regional office tu.

Sekian.

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note :  Aku memang x nak posting ke regional office. Jangan dipaksa orang yang x mahu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...