February 9, 2011

... tekanan atau gila? ...

Actually nak buat this entry time cuti Chinese New Year baru-baru ni. Tapi... [Nak juga tapi kan???] Busy memanjang saja... Merewang x tentu pasal... Lalala... Ermmm... Next entry aku cerita pasal Chinese New Year. Just nak share saja and menceriakan suasana Hari Raya kaedahnya.

Before cuti Chinese New Year, suasana office agak riuh rendah juga la sebabnya ada 'orang gila' ang bertandang... Mengikut wartawan yang xbertauliah kat office tu, katanya 'orang gila' ni dah dtg time aku keluar lunch, pergi bank and also pergi complaint pasal cop salah buat. [Suka sgt nak suruh mulut aku membebel x tentu pasal... Adui...]. Pastu dia datang balik time aku dah masuk office balik.

Tekanan... Tekanan... Tekanan... Arghhh... Memang gila kan?

Gila... Apabila seseorang mendapat tekanan yang melampau dan dia sendiri tidak dapat mengatasi masalah itu, kemungkinan dia untuk menjadi gila amat mudah. Tapi gila ni aku rasa berperingkat. Kalau tidak mendapat rawatan pada awalnya, makin bertambah teruk la. [Pendapat aku sahaja la. Sebab google x dapat apa yang aku cari... Kau orang try la pula google erk]

Dari apa yang aku perhatikan pasal 'orang gila' ni, seriously cakap yang dia memang nampak gila. Dari cara dia merapu raban. Merepek-repek buat kerepek. Melalut itu. Melalut ini.

BUT...

Aku teramat la musykil tatkala aku perhatikan dengan betul-betul. [Pandangan dari sudut hati... Ngeee~]. 'Orang gila' ni pakai Nokia N8. Aku ulangi, dia pakai Nokia N8 okay... Kau ado??? So, aku dah start rasa pelik and ingin tahu lagi. Tapi x mampu buat apa-apa sebab aku x terlibat secara langsung dalam skesta drama dia orang ni.

Nokia N8... Rasanya baru lagi kot dalam pasaran Malaysia ni...

So, lepas saja my colleague duk layan, 'orang gila' ni blah dengan x pakai kasut. [Office aku memang kena cabut kasut kalu nak masuk... Pelik kan?]. What? So, lagi terpinga-pinga la kita orang semua. 'Orang gila' tu betul-betul gila atau buat-buat gila? Kata my colleague, 'orang gila' ni mungkin tekanan. Sebab tu nampak macam gila.

Kesnya, dia nampak report polis yang 'orang gila' ni buat dalam file yang dibawa bersama. Isterinya [sekarang dah jadik ex] minta cerai dengan 'orang gila' ni.  Dah la minta cerai. Kena saman pula dengan isterinya dengan jumlah ratus ribu ringgit juga la. Minta separatekan syarikat. 50% bekas isterinya, 50% lagi dia la. Lepas tu, kereta dia pula kena curi kat area KL. Prosiding di makhamah akan berlangsung x lama saja lagi. So, 'orang gila' ni nak cari something yang valuable untuk bagi kat bekas isterinya time jumpa kat makhamah nanti. So sweet kan??

Sudahnya bercerai berai... Ermmm... No komen...

Just ada 2 options maybe. Pertama, 'orang gila' ni ada skandal lain, then bekas isterinya dapat tahu and mintak cerai. Kedua, bekas isterinya ada skandal lain, then 'orang gila' ni dapat tahu and sebab bekas isterinya lagi CINTA akan skandalnya minta cerai. Kau orang rasa mana satu option yang suitable. Fikir-fikiran dan renung-renungkan.

Bagi aku, 'orang gila' ni masih sayangkan bekas isterinya. So, thats why la dia nak cari sesuatu buat bekas isterinya itu. Kesian pula aku tengok 'orang gila' tu. Nak salahkan dia aku x tahu. Nak salahkan bekas isterinya lagi aku x tahu.

Hanya aku dapat tolong, doakan kesejahteraan 'orang gila' ni. Maybe ni dugaan yang Tuhan bagi untuk dia. Moga dia tabah menghadapi dugaan ini... Amin...

~A tout a l'heure...
~Au revoir...
~Ciao...

Bakry's Sticky Note : Tuhan bagi dugaan untuk setiap manusia ni berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Moga dugaan yang mendatang aku hadapi dengan tabah. Kuatkan semangat aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...